iPhone11
| | |

iPhone11 Cabaran Apple Telefon Pintar Dunia

iPhone11 sebagai Telefon Pintar Terbesar Dunia.

iphone11 menjadi produk terbaru Apple apabila Tim Cook selaku CEO Syarikat Apple melancarkannya.

Salah satu daripadanya ialah iPhone11 yang didatangkan dengan 3 variasi iaitu iPhone 11, iPhone11 Pro dan iPhone11 pro Max.

Ia dikatakan merupakan pengganti kepada iPhone XR.

Kedudukan Telefon Pintar dalam dunia

Menurut statistik Apple telah menjadi antara 5 telefon pintar teratas di dunia sejak 2009.

Selepas penurunan Nokia pada suatu ketika dahulu, Apple dan Samsung mula mengorak langkah mengambil alih pasaran.

Samsung menduduki ranking pertama dunia sejak 2012.

Pasaran Samsung meningkat 1.4% daripada 20.9% kepada 22.3% dengan penghantaran lebih 7.2 juta telefon pintar sekali gus mencapai 83.3 juta pada suku ketiga 2017.

Syarikat korea ini telah menghantar lebih daripada 317.3 juta telefon pintar di seluruh dunia pada tahun 2017 sahaja.

Manakala Apple pula menjadi pesaing terdekat Samsung di tempat kedua sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia.

Jualan iphone meningkat daripada 170 juta unit pada 2014 kepada 216 juta pada tahun 2017.

Persaingan Apple dan Huawei

Walaubagaimanapun pada suku tahun kedua 2018, Apple tewas kepada Huawei dalam penjualan telefon pintar terbesar dunia.

Apple jatuh di tangga ketiga dan Huawei di tangga kedua selepas Samsung.

Huawei memasarkan 54.2 juta unit sekali gus mendominasi 15.8% pasaran keseluruhannya.

Apple pula hanya memasarkan 41.3 juta unit iaitu 12.1% sahaja.

Samsung pula masih lagi memegang takhta ‘raja’ dalam pasaran telefon pintar.

Adakah pelancaran iPhone11 dapat kembali menjadikan Apple penjual terbesar menewaskan Samsung dan Huawei ?

Faktor kejatuhan Apple

Pasaran telefon pintar global yang tidak menentu ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh turun naik rundingan perdagangan antara AS-China.

Menjadikan perancangan masa depan lebih mencabar daripada biasa.

Dalam pada ketidaktentuan ekonomi global bercampur dengan ancaman perdagangan, telah tibanya dunia telefon pintar dalam bentuk 5G.

Tahun 2020 dilihat sebagai tahun di mana 5G akan mula naik.

Penghataran 5G untuk mencapai 8.9% telefon pintar yang dihantar pada tahun 2020 akan memperluaskan lagi penghantaran telefon pintar di seluruh dunia menjelang 2023.

2019 akan menjadi tahun yang mencabar untuk penghantaran iPhone kerana sebahagiannya menjangkakan Iphone11 tidak akan menyokong 5G.

Penguasaan Pasaran Android dan IOS

Penguasaan telefon pintar Android meningkat kepada 87% pada 2019 daripada 85.1% pada 2018.

Ini disebabkan oleh pelancaran 5G.

Manakala jumlah dagangan IOS 2019 dijangka turun kepada 177.9 juta.

Kebanyakan adalah disebabkan oleh pasaran IOS yang kekurangan peranti 5G.

Walaubagaimanapun, Apple mungkin akan memperbaiki keadaan pasaran 5G untuk pelancaran yang lebih terancang menjelang 2020.

Sumber: IDC


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Similar Posts