‘InvestHack’ tarik pelabur ke pasaran saham

‘InvestHack’: Reimagine Investing

 

Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama CGS-CIMB Securities Sdn Bhd akan menganjurkan acara hackathon secara maya kepada para pelabur iaitu ‘InvestHack’. Acara ini bermula 20 hingga 22 November

Jika sebelum ini saya ada share dengan anda semua mengenai 3 perkara penting yang anda perlu tahu yang sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada ringgit Malaysia. Manakala, artikel kali ini saya akan share mengenai acara ‘InvestHack’ untuk para pelabur di luar sana.

Seperti yang anda sedia maklum penglibatan pelabur runcit dalam pasaran Bursa Malaysia memberi kesan kepada sektor ekonomi negara. Acara ini juga bertujuan untuk membangunkan penyelesaian dan tawaran inovatif bagi meningkatkan lagi penyertaan pelabur runcit di pasaran.

 

Berkata Bursa Malaysia:

“Acara ini bertemakan ‘InvestHack: Reimagine Investing’ telah mendapat sokongan dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang akan turut serta sebagai rakan komuniti”

 

InvestHack
Kredit Gambar: Berita Harian

 

 

Mengekalkan penyertaan aktif para pelabur runcit adalah penting ke arah membangunkan pasaran sekuriti yang rancak dan hasrat bursa untuk menumpukan kepada penggunaan teknologi bagi membangunkan pasaran yang lebih bertenaga.

Akibat daripada pandemik COVID-19, penyertaan pasaran runcit di Bursa Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada tahun 2020. Ia juga telah memberi sumbangan kepada pelbagai faktor.

Penyertaan runcit mencatatkan paras tertinggi dalam 10 tahun sebanyak 33.2% sehingga akhir September.

 

Nilai purata harian berjumlah RM1.327 bilion, peningkatan 231.4% berbanding tempoh sama pada 2019

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berharap inisiatif ini akan menggalakkan dan mengilhamkan idea kreatif untuk memberi nilai kepada pasaran.

Selain itu, dapat mewujudkan peluang baharu untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat pelabur.

 

CEO CGS-CIMB, Ruzi Ajith berkata:

“Platform ini membolehkan pelaburan untuk dilihat dalam perspektif yang berbeza. Kami menantikan idea baharu dan penyelesaian inovatif yang berupaya menambah baik pasaran runcit,” katanya.

 

Sebelum saya mengakhiri artikel ini, ada berita baik untuk anda semua!

 

Penyertaan InvestHack adalah PERCUMA & terdapat tawaran HADIAH wang tunai sebanyak RM35,000!

Jom sertai ramai-ramai!

 

InvestHack
Kredit Gambar: Bursa Market Place

 

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di https://www.bursamarketplace.com/investhack-2020/

Moga bermanfaat untuk anda! Assalamualaikum.

 

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Ingin mengetahui dengan lebih banyak mengenai isu semasa?

Anda boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda!

 

 

Similar Posts