INTEL Lapor Kerugian Tetapi Naik 4% Semalam?

Intel Corporation melaporkan kerugian suku pertama 2023 semalam. Kerugian suku paling teruk dalam sejarah Intel.

Walau bagaimanapun harga saham Intel melonjak 4% semalam. Kenapa ini berlaku?

Di sini kita dapat lihat peranan ‘expected earning’ vs ‘reported’ atau ‘ jangkaan’ vs ‘ laporan sebenar’.

Lihat pada carta harga saham Intel sejak beberapa minggu yang sudah menunjukkan kejatuhan kerana pelabur menilai berdasarkan pada jangkaan laporan kerugian teruk yang bakal dikeluarkan.

Tiba-tiba laporan sebenar yang dikeluarkan semalam tidaklah seteruk yang dijangka. Maka, harga saham Intel melonjak kerana laporan sebenar EPS mengatasi jangkaan sebanyak 72.19% selain daripada sentimen pasaran baik yang turut membantu sedikit sebanyak

Menarik bukan? Catat kerugian tapi harga naik.

Berminat nak buka akaun dan trade di US? Boleh buka akaun Mplus Global sekarang!

Artikel ini ditulis oleh salah seorang Marketing Representative untuk Maher Alias, beliau juga boleh dihubungi di page FB ‘ Hamd Trade

Similar Posts