bohatala.com
|

Industri Penerbangan Malaysia

Umum mengetahui bahawa sektor penerbangan di Malaysia telah mengalami beberapa fasa peralihan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, kerajaan dilihat banyak memberikan penekanan terhadap usaha untuk melonjakkan industri ini ke tahap yang membanggakan.

Malaysia mempunyai ramai pakar-pakar dalam menghasilkan komponen-komponen kapal terbang terutama parts and assembling, wing parts and components dan juga kepakaran dalam perkhidmatan pembelajaran dan latihan.

Pusat Penerbangan “Airlines Centre” bakal dibuka?

Selain itu, trend penerbangan tambang rendah selari dengan permintaan terhadap pesawat juga dilihat kian berkembang.

Disebabkan itu, kajian sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina sebuah lagi pusat baharu bagi industri penerbangan Malaysia.

Ia berikutan tanah seluas 25 ekar di KLIA tidak mencukupi untuk menampung pertumbuhan industri tersebut.

Secara ironinya, perkara ini juga telah mendapat permintaan dari beberapa buah negara untuk membina pesawat dan helikopter mereka yang berpengkalan di Malaysia.

Sekali lagi di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, hasrat ini dilhat mampu direalisasikan dengan penuh terancang.

Misi Aeromart Nagoya

Pada 24 – 26 September lalu, menerusi pejabat Malaysian External Trade Development Corporation (MATRADE) di Jepun telah membuka pameran dalam acara Aeromart Nagoya.

Usaha untuk mempromosikan kebolehupayaan syarikat Malaysia dalam industri penerbangan yang diadakan di Aeormart Nagoya Jepun telah berjaya dilaksanakan.

Syarikat-syarikat di Malaysia telah menerima sambutan yang positif daripada syarikat-syarikat besar di Jepun serta beberapa lagi di seluruh dunia.

Antaranya ialah Kawasaki Heavy Industries, Mitsubishi Heavy Industries, Toyota Tsusho dan Airbus.

Di samping itu juga, beberapa syarikat Malaysia melaporkan telah mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat Jepun yang bernilai RM376.9 juta.

Rundingan projek tersebut melibatkan machining engine parts, die-casting and forging dan beberapa lagi bahagian kapal terbang yang lain.

Ini merupakan prospek yang penting untuk mengetengahkan Malaysia dari segi kemampuannya dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.

Industri Penerbangan Malaysia di Jepun?

Negara matahari terbit itu berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia untuk memenuhi permintaan global daripada beberapa buah syarikat termasuk Airbus, Boeing, Mitsubishi Space Jets dan banyak lagi.

Diharapkan, dengan usahasama ini dapat meraih keuntungan yang lumayan kepada Malaysia secara keseluruhannya pada masa akan datang.

Dengan ini, ia akan berkembang lebih maju dan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan.

Khususnya kepada rakyat tempatan dengan pembukaan lebih banyak lagi cawangan-cawangan baru sama ada di Malaysia mahupun di Jepun sendiri.

Ini secara tidak langsung akan memberi impak yang positif terhadap perkembangan ekonomi Malaysia dengan penurunan kadar pengangguran dan meningkatkan pasaran pekerja mahir dan berkepakaran tinggi.

Kesimpulan

Sektor penerbangan dijangka terus menunjukkan pertumbuhan yang baik.

Dengan menembusi pasaran Jepun, Malaysia dapat bersaing dengan beberapa syarikat lain di seluruh dunia.

Ini kerana 83% penghasilan produk penerbangan yang dihasilkan oleh Industri penerbangan Jepun adalah bernilai USD20 bilion (bersamaan dengan RM83.6 bilion).


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts