Indicator Parabolic SAR & Cara Guna di Tradingview - Mahersaham

Indicator Parabolic SAR & Cara Guna di Tradingview

Table of Content

Hai dan Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada anda semua. Jika sebelum nie saya dah share artikel mengenai Stochastic RSI di tradingview jadi kali ni saya akan share pula artikel berkaitan Indicator Parabolic Sar dan bagaimana nak menggunakannya.

Jom sediakan buku nota dan pen untuk mencatat.

Apa itu Parabolic Sar?

Sebelum anda menggunakan sesuatu indicator tu anda harus tahu apa fungsi indicator tersebut.

Jadi apa itu parabolic sar?

Parabolic sar ini adalah satu indicator/teknikal yang digunakan dalam menentukan arah harga saham.

Indicator ini juga diasaskan oleh J. Welles Wilder.

SAR pula bermaksud Stop And Revise

Fungsi Parabolic Sar

Fungsi parabolic sar:

  1. Penentu arah trend
Parabolic Sar
Tradingview

Anda boleh pergi dekat indikator dan cari parabolic sar

Macam yang anda dapat lihat dalam gambar di atas ini ialah indikator parabolic yang mempunyai titik-titik.

Jika titik itu berada di bawah candlestick bermaksud ia adalah signal bullish atau uptrend.

Namun, jika titik tu berada di atas candlestick maksudnya ia adalah signal bearish atau downtrend

Selain itu, indicator ini adalah lagging indicator. Ia boleh digunakan untuk korang nak lihat arah trend.

2. Menentukan momentum

Fungsi yang kedua pula ialah indikator parabolic sar ini dapat menentukan momentum.

Jika titik tersebut berada dekat dengan candlestick bermaksud momentum itu semakin lemah.

Dan..jika titik parabolic sar tersebut jauh dari candlestick bermaksud momentum ia kuat.

Parabolic sar
Tradingview

Merujuk gambar di atas dalam bulatan garisan merah tu anda dapat lihat macam mana berlakunya uptrend atau downtrend.

Anda juga dapat lihat adakah garis titik-titik itu berada dekat dengan candlestick atau berada jauh.

Kelebihan dan Kelemahan

Antara kelebihan parabolic ini adalah ia bersifat trend following. Maksudnya dia akan ikut apa trend tersebut.

Selagi uptrend maksudnya titik-titik itu akan berada di bawah candlestick

Manakala kelemahannya pula adalah mungkin false signal sebab dia hanya menentukan trend dan kemungkinan ia boleh jadi false signal

Untuk mengurangkan false signal nie selalunya traders akan gabung dengan beberapa indicator yang lain

Bullish: Garis titik-titik berada di bawah candlestick /uptrend
Bearish: Garis titik-titik berada di atas candlestick /downtrend

Untuk mengurangkan false signal selalunya para traders akan menggabungkan dengan indikator yang lain sebagai contoh MACD, EMA atau MA

Kesimpulan

Kesimpulannya dengan menggunakan indikator parabolic sar ini anda dapat melihat arah trend dan juga menentukan momentum sesuatu harga saham.

Namun, ianya bukanlah suatu penentu untuk anda membeli saham tersebut tetapi ia lebih kepada membantu dalam kajian saham anda.

Moga artikel kali ni bermanfaat untuk anda semua.

Jom lihat video di bawah untuk pembelajaran yang lebih jelas.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami

KELAS SAHAM FOR NEWBIES

Anjuran bersama Mahersaham dan Bursa Malaysia-i

100% PERCUMA!

JIKA ANDA BARU NAK MULA BELAJAR SAHAM. INILAH PERMULAANNYA.