Indicator Oscillator Stochastic & RSI Di Tradingview
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Semoga sihat sentiasa. Hari ni saya akan share satu lagi artikel mengenai cara penggunaan oscillator stochastic & RSI di tradingview
Jom sediakan buku nota dan pen untuk anda catat perkara penting.
Kepada yang belum membuka akaun tradingview anda boleh rujuk artikel cara mendaftar akaun tradingview untuk langkah-langkahnya.
Fungsi Oscillator RSI?
Pertama sekali anda perlu tahu jenis indikator yang anda nak gunakan dalam kajian saham anda.
Fungsi indikator ini adalah kita nak lihat dan cari sama ada ianya overbought atau oversold
Yang kedua kita nak cari di mana divergence
Cara Guna Oscillator Stochastic & RSI
Macam biasa, untuk menggunakan indikator ni anda boleh pergi pada bahagian indikator dan search relative strenght index (RSI)

Selepas anda dah pilih maka keluarlah satu oscillator yang dipanggil sebagai RSI seperti dalam gambar di atas.
Fungsi RSI ni anda boleh tentukan dekat mana keadaan overbought atau oversold.
Sangat simple!
Fungsi Pertama : Overbought & Oversold
Anda nampak tak dekat tradingview nie ada line 30 dekat bawah dan 70 dekat atas seperti dalam gambar di atas yang saya tunjukkan.
Jadi bila keadaan line RSI berada di atas 70 kita akan panggil ia sebagai overbought (banyak/terlebih pembelian)
Ini bermaksud ada potensi untuk ia sampai ke puncak
Jika line RSI berada di bawah 30 pula bermakna ianya oversold. Oversold ni maksudnya terlebih jualan dan kemungkinan ada potensi berada di lantai.
Anda boleh lihat seperti gambar di bawah

Fungsi Kedua: Divergence
Untuk fungsi kedua pula kita nak cari ada tak divergence.
Divergence nie la yang membuatkan sesuatu indikator itu akan menjadi leading indicator

Okey cuba lihat gambar di atas, saya telah tandakan di mana harga telah membuat high yang baru tetapi indikator RSI pula membuat puncak yang rendah.
Kalau kita nampak situasi divergence nie kita boleh expect bahawa harga nak buat correction.
Jadi itu adalah fungsi kedua oscillator RSI untuk kita cari divergence.
Fungsi Stochastic

Jom kita lihat fungsi stochastic pula!
Pilih stochastic dekat indikator dan ia akan keluar seperti dalam gambar di atas
Fungsi dan konsep dia lebih kurang sama je dengan RSI. Kalau RSI tinggi maka stochastic juga tinggi begitu juga sebaliknya.
Menggunakan stochastic juga kita nak cari oversold, overbought dan juga divergence
Perbezaan Antara Stochastic & RSI
Apa perbezaan antara dua nie?
Stochastic: Lebih sensitif, lebih signal dan lebih false signal
RSI: Kurang sensitif, kurang signal dan kurang false signal.
Bila kurang false signal kita cenderung untuk buat decision yang tepat tetapi bila kurang signal boleh jadi kita tangkap sesuatu saham tu pada harga tinggi.
Kebiasaannya line stochastic akan menghasilkan banyak signal jadi akan berlaku banyak sangat overbought dan oversold berbanding dengan line RSI
Kalau Nak Entry, Patut Lihat Stochastic atau RSI?
Okey, kalau anda nak entry, suka saya ingatkan indicator oscillator stochastic dan RSI hanya sebagai pembantu sahaja dan bukan punca utama untuk anda entry.
Primary reason/decision entry: Sentiasa refer support & resistance dan juga entry sama ada buy on breakout, BOD atau buy on support.
Kesimpulan
Kesimpulannya dengan menggunakan indikator RSI dan stochastic anda dapat mencari di mana oversold dan overbought.
Selain itu anda juga dapat mencari divergence. Divergence ini yang penting untuk kita tahu.
Moga artikel kali ni bermanfaat untuk anda semua.
Jom lihat video di bawah untuk pembelajaran yang lebih jelas
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!