Indicator Bollinger Band & Cara Guna di Tradingview

Assalamualaikum dan Hai. Salam sejahtera kepada anda semua. Untuk artikel pada live Mahersaham 29 Januari 2021 yang lalu saya akan share dengan anda semua artikel mengenai cara guna bollinger band di tradingview.

Apa Itu Bollinger Band?

Kenapa ya nama dia bollinger band?

Haa..sebab ia diambil daripada nama pengasas tersebut iaitu John Bollinger yang diasaskan pada tahun 80-an dan dia juga masih hidup hingga ke hari ini.

Kegunaan/ Fungsi

Indikator bollinger band ini diasaskan untuk mengkaji sesuatu kaunter/ syarikat saham tersebut untuk kita nak tengok berapa volatile kaunter tu dan trend syarikat tersebut.

1.Volitaliti- keadaan pasaran
2. Trend- keadaan market. Up trend atau down trend. Lihat candlestick muncul di area mana.


Upper band = market up trend
Lower band = market down trend
Middle band = sideway

Bollinger Band
Tradingview

Macam biasa, cari bollinger band dekat bahagian indicator seperti yang saya dah tunjuk dalam gambar di atas.

Bollinger band ini akan membentuk tiga garisan. Garisan yang tengah berwarna merah itu adalah garisan MA (moving average)

Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pembelajaran MA, anda boleh rujuk di artikel di Mahersaham App atau klik pada perkataan yang telah saya birukan.

Bollinger Band
Tradingview

Untuk anda nak adjust anda boleh click pada bahagian tetapan. Dekat sini ada panjang, sumber sisihan piawai dan ofset.

Panjang = period time. Kalau select 20 maksudnya ada 20 candlestick
Sumber = close (kalau candlestick warna hijau dia akan ambil harga yang dekat atas)

Macam yang saya beritahu tadi line di tengah tu adalah MA, manakala band yang di atas dan di bawah itu adalah line yang mempunyai formula

Formula: MA + 2 x std

Kenapa formula tu ada 2? kerana kita ambil daripada sisihan piawai yang kita telah pilih 2 tadi jadi pengkalinya adalah 2.

Standard deviation pula adalah satu alat yang digunakan untuk mengenalpasti volatiliti sesuatu data.

Pergerakan harga disifatkan sebagai volatiliti. Kalau lebih volatile maksudnya kenaikan dan penurunan itu lebih exculate

Bollinger Band
Tradingview

Seperti gambar di atas saya telah letakkan formula untuk garisan di atas dan di bawah. Formula garisan di bawah anda perlu tukar ia kenapa tolak

Adakah line tengah itu sama dengan MA 20?

Bollinger band
Tradingview

Persoalan: adakah line tengah bollinger band itu sama dengan MA 20?

Hal ini kerana ada yang mengatakan bahawa line tengah itu sama dengan EMA (exponential moving average) dan bukannya MA (moving average)

Jadi, gambar di atas saya telah masukkan indikator MA dan juga EMA.
Line Biru: EMA
Line Ungu: MA

Garisan warna biru memang nampak berbeza dengan line di tengah tersebut tetapi line warna ungu lebih sama dengan line di tengah tu jadi line di tengah tu sebijik sama dengan MA 20

Teknik/Cara Penggunaan Bollinger Band

Kita dah tahu cara pengiraan dan formula seterusnya kita nak belajar macam mana nak gunakan bollinger band ini.

Tradingview

Line di atas namanya adalah upper band, line di bawah adalah lower band dan line di tengah adalah middle band.

Terdapat 2 teknik indikator bollinger band ini:


Ia boleh buat sebagai support & resistance
Line atas: resistance
Line bawah: support

Dekat mana nak beli?

Selalunya traders akan menjadikan line di tengah sebagai buy signal namun terdapat 2 teknik membeli

i) Apabila candle hijau melepasi garisan tengah tersebut adalah buy signal dan apabila candle hijau mencecah paras resistance ia akan jual

ii) Beli pada line bawah support. Tapi risikonya adalah pada cut loss level.

Kesimpulan

Kesimpulannya terdapat banyak indikator di tradingview yang anda boleh gunakan untuk mencari support dan resistance. Antara salah satunya ialah bollinger band.

Pastikan indikator yang anda gunakan itu bertepatan dan bersesuaian dengan kajian saham anda semua.

Tradingview Merupakan Komponen Penting Kajian Analisis Teknikal

Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.

Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.

Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.

Jom tonton video youtube di bawah dan klik sekarang untuk pembelajaran yang lebih jelas.

Youtube: Mahersaham

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts