i-LESTARI ONLINE CARA PENGELUARAN ATAS TALIAN
i-LESTARI ONLINE
i-Lestari online diperkenalkan bagi memudahkan rakyat membuat permohonan pengeluaran wang KWSP secara atas talian.
Pengeluaran i-Lestari ini merupakan suatu bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan demi membantu rakyat menampung perbelanjaan harian sepanjang tempoh krisis covid yang melanda.
Kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk membuat pengeluaran KWSP daripada akaun 2 kepada yang berumur di bawah 55 tahun.
Jumlah maksimum yang dibenarkan terhad kepada maksimum RM500 sahaja setiap bulan selama setahun.
Pihak KWSP juga telah menyediakan 3 saluran bagi permohonan pengeluaran i-lestari ini iaitu secara:
1. Dalam talian melalui e-pengeluaran di i-Akaun
2. Emel ke ilestarimohon@epf.gov.my
3. Hantar secara pos atau kurier kepada alamat KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
BAGAIMANA JIKA TIADA I-AKAUN KWSP?
Bagi yang tidak sempat untuk mendafatar i-Akaun di kiosk kwsp buat masa sekarang boleh mohon secara atas talian.
Maklumlah kwsp juga ditutup kerana PKP kan. Dan kita sendiri juga tak dapat keluar rumah dalam tempoh PKP ini. Jadi macam mana?
Untuk pendaftaran i-Akaun secara atas talian anda boleh buat melalui emel sahaja. Macam mana?
Langkah 1:
Download borang pendaftaran i-Akaun. Kemudian isikan borang permohonan dengan lengkap dan betul dengan tulisan bertaip.
Borang dan semua dokumen sokongan yang diperlukan pastikan jelas dan tidak melebihi 2MB menggunakan format JPG/PNG/GIF dan PDF sahaja.
Langkah 2:
Sediakan salinan kad pengenalan depan dan belakang. Anda digalakkan membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA”.
Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda>
Langkah 3:
Ambil gamar swafoto bersama kad pengenalan anda. Pastikan paparan maklumat pada kad pengenalan adalah JELAS
Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Swafoto_<Nama Anda>
Langkah 4:
Sertakan bukti pemilikan nombor telefon anda. Contohnya Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit. Anda digalakkan membuat garisan palang pada salinan “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA”.
Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Telefon_<Nama Anda>
Langkah 5:
Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif. Anda digalakkan membuat garisan palang pada salinan “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA”.
Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Bank_<Nama Anda>
Langkah 6:
Hantarkan semua dokumen ke emel iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan format subjek emel Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama Ahli>
(Contoh : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad)
Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel iakaundaftar@epf.gov.my dan anda dinasihatkan agar sentiasa menyemak inbox emel anda.
Sebarang saluran komunikasi hanya melalui alamat emel iakaundaftar@epf.gov.my sahaja.
Kemudian selepas i-Akaun anda sudah siap, kini anda boleh memohon pengeluaran melalui i-Lestari Online sahaja. Macam mana?
CARA PENGELUARAN I-LESTARI ONLINE
Langkah 1:
Pergi ke laman web rasmi KWSP. Login dengan masukkan user id dan password
Langkah 2:
Kemudian pilih ‘WITHDRAWAL’ pada bahagian atas sebelah kanan
Langkah 3:
Klik ‘NEW APPLICATION’ untuk membuat pengeluaran
Langkah 4:
Pilih ‘WITHDRAWAL TYPE’. Klik pilihan i-Lestari bagi pengeluaran.
Langkah 5:
Klik pangkah pada popup notis dan klik ‘NEXT’
Langkah 6:
Seterusnya masukkan jumlah pengeluaran yang anda ingin. Minima RM50, maksimum RM500. Pilih jenis bank anda dan nombor akaun bank.
Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan direct masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.
Langkah 7:
Sila kemaskini maklumat anda.
Langkah 8:
Kemudian tandakan pada ruang checkbox. Klik ‘REQUEST TAC’
Langkah 9:
Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik ‘Submit’
Langkah 10:
Dah siap!
Sumber: Semakan Online
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.