Hipotesis Pasaran Cekap – Ramalan Pasaran Saham
Ramalan Pasaran Saham
Hipotesis pasaran cekap (Efficient Market Hypothesis, EMH) memainkan peranan penting dalam meramal pergerakan pasaran saham.
Pasaran saham merupakan elemen utama dalam pasaran kewangan. Ia sentiasa menjadi kepentingan kepada Dasar dan Perancang Ekonomi.
Maka ramalan corak perkembangan dan kemelesetan oleh penunjuk pasaran saham penting untuk dikaji.
Ahli pengkaji ekonomi percaya dengan mengesan beberapa pemboleh ubah ekonomi dapat meramal pergerakan ekonomi pada masa hadapan.
Namun kajian tersebut boleh menemui kegagalan sekiranya tidak menitikberatkan teori Random Walk dan Hipotesis Ramalan Cekap.
‘Random Walk’
Harga pasaran bergerak mengikut berita semasa atau maklumat baru. Realitinya, tiada siapa yang tahu perkara yang bakal berlaku.
Oleh itu, pasaran saham yang berubah mengikut berita dan isu terkini tidak boleh diramal.
Inilah yang dikatakan random walk. Point utamanya adalah harga saham bertindak balas terhadap maklumat baru.
Maklumat baru adalah sesuatu yang tidak dapat diketahui dan tidak boleh dijangka.
Hipotesis Pasaran Cekap
Harga saham yang diramal menggabungkan maklumat dan berita-berita baru. Maka ini dikenali sebagai Hipotesis Pasaran Cekap.
Namun implikasi idea ini amat sukar bagi pelabur. Bahkan, professional sekalipun sukar untuk memperoleh pulangan yang abnormal dimana pulangan yang melebihi daripada pulangan yang dijangka.
Rumusnya, Hipotesis Pasaran Cekap adalah sejauh mana pasaran menggabungkan maklumat ke dalam harga.
Lebih banyak dan pantas sesuatu maklumat yang digabungkan, semakin efficient pasaran harga yang diramal.
Salah satu cara untuk memperluas kecekapan pasaran adalah dengan menentukan tahap kecekapan yang berbeza dan sesuai dengan jenis maklumat berlainan yang mencerminkan harga pasaran.
Tahap Hipotesis pasaran cekap ini dibahagikan kepada 3 iaitu Weak Form, Semi-Strong Form dan Strong Form.
Weak Form
Hipotesis pasaran cekap tahap ini menunjukkan bahawa data harga saham pada masa lalu tidak memberi kesan pada harga saham.
Ia tidak boleh digunakan untuk meramal arah harga pada masa akan datang.
Mengikut hipotesis ini, harga bergerak secara rawak (random walk).
Ini bermaksud perubahan harga pada keesokan hari tidak ada kaitan dengan harga pada hari ini, semalam atau mana-mana hari.
Semi-Strong Form
Aspek hipotesis pasaran cekap bentuk ini menggambarkan bahawa harga saham semasa mencerminkan semua maklumat yang relevan yang boleh diperoleh daripada sumber awam.
Ini bermakna pelabur tidak boleh secara konsisten memperoleh pulangan abnormal dengan menggunakan maklumat tersedia secara umum seperti laporan tahunan atau cadangan penganalisis dan lain-lain.
Strong Form
Teori hipotesis pasaran cekap bentuk ini pula menyatakan bahawa pasaran saham dapat menggabungkan segala maklumat baru dengan cepat.
Tetapi ia tidak disebarkan melalui sumber awam dan tidak tersedia kepada pelabur seperti Semi-Strong Form.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !