Healthcare Investment
Tahap kesihatan seseorang perlu sentiasa dititiberatkan dan diambil perhatian oleh sesiapa sahaja tidak mengira tua atau pun muda.
Masing-masing terdedah dengan risiko pelbagai jangkitan penyakit yang kian bertambah hari demi hari.
Laporan yang dikeluarkan oleh pihak World Health Organization menyatakan keharusan kerajaan membelanjakan sekurang-kurangnya 1% daripada KDNK.
Kesedaran tentang penjagaan kesihatan amat penting dalam kalangan masyarakat dan harus dipupuk sedari kecil lagi.
Terdapat beberapa buah negara yang masih berada di tahap yang membimbangkan.
Ini kerana, paras pendapatan kelas rendah dan menengah masih lagi tidak mampu untuk menanggung kos biaya rawatan kesihatan yang semakin mahal.
Healthcare Investment
Perkara yang amat memeranjatkan adalah, hampir separuh daripada angka 7.7 bilion penduduk sahaja yang dilindungi oleh perkhidmatan kesihatan.
Sekiranya trend ini berterusan, ditakuti lebih 5 bilion populasi penduduk akan hilang manfaat perkhidmatan kesihatan pada tahun 2030.
Healthcare investment tidak akan merugikan malah ianya menguntungkan orang yang masih sihat jika mendapat serangan penyakit secara tiba-tiba.
Ramai golongan di luar sana yang menanggung kemiskinan yang kian meningkat dek kerana terlalu banyak berbelanja untuk hal ini.
Selain itu, pelaburan dalam sektor kesihatan ini juga amat digalakkan untuk membantu golongan susah yang sering mengeluarkan belanja yang berlebihan demi untuk merawat penyakit yang dialami.
Senarai Syarikat Healthcare Patuh Syariah setakat 31 May 2019 di Bursa Malaysia
Bil/ Kod Stok/ Nama Sekuriti /
No. Stock code Name of Securities
- (7191) Adventa Bhd
- (7090) Apex Healthcare Bhd
- (7148) Duopharma Biotech Bhd
- (5168) Hartalega Holdings Bhd
- (5225) IHH Healthcare Bhd
- (7153) Kossan Rubber Industries Bhd
- (0002) Kotra Industries Bhd
- (5878) KPJ Healthcare Bhd
- (7081) Pharmaniaga Bhd
- (7106) Supermax Corporation Bhd
- (7113) Top Glove Corporation Bhd
- (7178) Y.S.P. Southeast Asia Holding Bhd
Saranan dan Motivasi Pelaburan
Tidak lokek dalam memberi itu amalan yang mulia.
Melaburlah dalam institusi kesihatan patuh syariah bagi membantu golongan yang memerlukan.
Marilah kita saling tolong-menolong agar hidup lebih bermakna apabila melihat manusia sejagat mendapat manfaat hasil daripada pelaburan kita bersama.
Kesenangan yang dikecapi hari ini boleh hilang dalam sekelip mata sahaja. Jadi jangan bertangguh-tangguh lagi.
Bagi yang telah kematian ahli keluarga akibat diserang berbagai penyakit, pasti membuatkan kita semakin bersemangat mengharungi hidup ini dan berazam untuk membantu mengutip dana atau tabung yang akan disumbangkan dan disalurkan kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta.
Sesungguhnya, sinar mentari esok pasti akan menjelma lagi buat mereka sekiranya kita semua bertindak segera.
Menjadi tanggungjawab kita bagi yang beragama Islam untuk menunaikan fardu kifayah ini demi mencapai redha ilahi.
Amal perbuatan yang kita lakukan hari ini pasti tidak akan dipersiakan selagi niat kita ikhlas.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !