Harimau Asia
Selalu dengar team bola sepak je yang guna “Harimau”, rupa-rupanya dalam ekonomi pun ada.
Bunyi macam kelakar, tapi kenapa dalam banyak-banyak binatang, harimau juga yang popular.
Selain Harimau Asia, Naga Asia juga ada digunakan.
Adakah ianya sinonim dengan kadar pertumbuhan yang cepat?
Berapa buah negara yang digelar Harimau Asia?
Negara-negara Harimau Asia adalah Hong Kong, Singapore, Korea, dan Taiwan.
Kesemua negara tersebut terkenal kerana perindustrian yang pesat membangun serta mengalami kadar pertumbuhan yang tinggi dari sudut ekonomi mampan.
Malaysia juga mampu mencapai tahap ekonomi yang maju sekiranya rakyat Malaysia berpadu tenaga dan bersatu hati dalam menyalurkan sumbangan berbentuk idea dan kepakaran masing-masing.
Sekarang, cuma ada empat harimau. Mungkin esok atau lusa, tidak mustahil Malaysia dinobatkan sebagai harimau pertama asia.
Dengan 3 nilai hidup boleh muncul sebagai Harimau Asia? Biar betik?
Tun Dr. Mahathir kata, ada 3 nilai hidup jika diamalkan oleh rakyat Malaysia, pasti Malaysia muncul sebagai Harimau Asia.
Percaya atau tidak, ianya belum dapat dibuktikan sehinggalah 3 juta rakyat Malaysia betul-betul berpegang dengan apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri itu.
Pasti semua tertanya-tanya sedangkan nilai-nilai ini dah biasa kita dengar di mana-mana.
Tidak kurang juga, ianya turut diajar dalam matapelajaran sekolah rendah lagi!
Hakikatnya, sejauh mana 3 nilai yang disebutkan ini diterapkan oleh segenap rakyat Malaysia dengan sungguh-sungguh?
Bagaimana pula dengan cerminan kepada 3 nilai ini setelah diamalkan untuk membuktikan keberkesanannya dalam membangunkan ekonomi negara?
Pasti, jika kita amati dengan sedalam-dalamnya, ianya saling berkaitan.
Rajin, berilmu, dan beramanah.
Tu je! alahai, senang sangat!
Persoalannya, dah cukup berilmukah kita?
Kita ni buat apa-apa, mesti ada malasnya bukan? jika dalam kerajinan masih ada kemalasan, maka kita belum lagi betul-betul rajin.
Berilmu? tentunya kita masih sentiasa mencari ilmu sepanjang hayat kita. Ilmu saham pun kita malas nak kaji, macam mana nak pupuk semangat untuk mencapai tahap ekonomi yang maju. betul tak?
Jadi tunggu apa lagi, mula download free ebook sekarang!!!
Yang terakhir, setelah kita rajin berusaha, mengutip segala ilmu yang ada, jangan lupa dengan amanah. Tanpa amanah, ilmu yang kita pelajari adalah sia-sia.
ingat tu!