|

Hari Terbaik Untuk Trade bagi Pasaran Saham Bursa Malaysia

 Soalan : Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang sesuai untuk kita trade?

Bunyi macam teka teki, tapi ini adalah soalan yang valid. Pelabur-pelabur runcit mesti nak tahu, ada tak perkaitan antara hari dan bilangan kaunter untung mengatasi kaunter rugi pada hari tersebut.

Bukan sahaja pelabur biasa, sifu-sifu saham pun mesti berminat nak tahu, terutama yang buat Live Trade. Kalau boleh mesti nak pilih hari yang secara statistiknya memang menunjukkan kemungkinan itu tinggi untuk trade pada hari tersebut mudah untuk memperoleh keuntungan.

Untuk sesi kali ini kita mulakan dengan Soalan, sebab kita tidak ada hari yang spesifik yang kita tahu buat masa sekarang ini memang ‘high chance’ untuk buat duit. Sebab kalau kita tahu, maka kita akan hasilkan Hipotesis untuk diuji kaji dan bukannya Soalan.

Apa yang kita perlukan :

Ini adalah ruangan berkaitan sumber data atau Data Source. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mahu ubahsuai data kita.

  1. Timeframe : mungkin untuk kita percepatkan analisa, kita hanya akan ambil 5tahun kebelakangan sahaja, berbanding mengambil data untuk kesemua saham sejak dari IPO hingga sekarang.
  2. Mengenal pasti hari (Isnin hingga Jumaat) berdasarkan tarikh
  3.  Kita mendefinisikan ‘Hari Terbaik’ sebagai hari di mana kaunter untung mengatasi kaunter rugi, walaupun mungkin lebih beberapa kaunter. Dalam keadaan ini juga untuk mudahkan analisa, kita abaikan kaunter-kaunter yang tidak berubah. Untung adalah bila kaunter tersebut tutup/’close’ pada harga lebih tinggi dari tutup/’close’ hari sebelumnya.
  4. Pemilihan kaunter : adakah kita hendak memilih kesemua kaunter induk sahaja atau termasuk warrant? Untuk mudahkan analisa juga, kita hanya akan ambil kaunter induk sahaja.

Lain-lain Assumptions :

  • faktor-faktor luaran yang lain dan tidak dimanipulasikan dalam eksperimen ini dianggap sama sahaja (memberi kesan yang sama pada setiap hari) sepanjang timeframe yang kita pilih
  • Dengan kita kecilkan skop data (seperti yang kita buat di atas) kita juga menganggap skop yang kita kecilkan tadi memang menggambarkan keseluruhan data

Langkah-langkah Yang Terlibat :

  1. Sedut kesemua data yang berkaitan. Dalam kajian kali ini kita menyedut data untuk setiap saham bermula dari tarikh IPO atau syarikat mula disenaraikan di Bursa Malaysia. Kita hanya mengambil kaunter-kaunter induk sahaja.

2. Kaji data yang disedut supaya bebas dari kesalahan. Dalam fasa ini, apa yang hendak kita lihat adalah adakah itu data yang betul atau tidak? Berapa banyak baris (row) dan berapa banyak column yang data kita miliki? Betulkah data yang kita sedut tadi merangkumi kesemua saham yang ada?

3. Kemudian kita perlu menentukan apakah hari yang berkaitan berdasarkan tarikh yang kita ada. Kalau nak semak satu-satu tarikh dan tengok kalendar, kemudian tulis balik…. jenuh wooo. Nasib baik ada programming atau komputer untuk mudahkan kerja kita.

4. Task kita yang seterusnya adalah mengenal pasti kaunter tersebut untung, rugi atau tidak berubah pada hari tersebut. Untuk itu, kita perlu cari perbezaan harga ‘close’ semalam berbanding ‘close’ pada hari tersebut.

5. Kita labelkan setiap baris sebagai untung/rugi/tidak berubah berdasarkan perbezaan harga closing hari ini dan semalam.

6. Setelah kita memperolehi semua label (untung/rugi/tidak berubah) untuk semua kaunter, maka kita perlu jumlahkan mengikut label dan juga mengikut jenis hari (Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat)

7. Fasa terakhir adalah data visualisation. Cuma dalam sesi kali ini kita hanya susun dan ubah sedikit struktur data kita sahaja. Pada masa akan datang untuk memudahkan pemahaman kita akan persembahkan data dalam bentuk chart dan graf.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hari yang terbaik untuk kita trade adalah hari Jumaat, diikuti hari Rabu, Khamis dan Selasa. Hari yang paling teruk adalah hari Isnin.

Jika tuan-tuan dan puan-puan teruja atau berhasrat untuk melihat lebih lanjut tentang prosedur kajian data ini dari awal hingga ke akhir, meliputi program yang kita gunakan, coding dan sebagainya, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah mendaftar sebagai ahli PERCUMA website Mahersaham.

Selepas tuan-tuan dan puan-puan mendaftar sebagai ahli, tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk menonton  VIDEO PENUH selama lebih kurang 40minit pada bahagian di bawah. (hanya boleh diakses oleh ahli Mahersaham)


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS sekarang bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

[mepr-unauthorized-message ifallowed=”hide”]
[mepr-active membership=”29148″]

[/mepr-active]

Similar Posts

8 Comments

Comments are closed.