Hari Raya Haji Bantu Kembangkan Ekonomi Umat Islam
Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Haji merupakan hari kebesaran oleh seluruh umat islam di seluruh dunia.
Perayaan ini disambut bertujuan untuk mengingati kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail bagi memenuhi perintah Allah.
Selain itu, keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah pelaksanaan ibadah korban iaitu penyembelihan binatang korban seperti lembu, kerbau, kambing dan unta.
Islam Mendidik Jiwa Mensucikan Harta
Ibadah korban mendidik umat Islam mensucikan jiwa dan membersihkan harta sebagai tanda syukur dengan segala nikmat kurniaan Ilahi.
Oleh itu, beruntunglah bagi yang mensucikan harta mereka dan mengambil bahagian menyempurnakan ibadah ini.
Seterusnya, korban memupuk nilai saling membantu antara satu sama lain dengan pengagihan daging korban kepada sesama umat islam.
Lebih-lebih lagi sumbangan kepada golongan fakir miskin atau yang kurang bernasib baik.
Dengan berbuat demikian dapat menjamin kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
Umat islam yang kurang berkemampuan tidak dibiarkan tanpa sokongan antara seislam.
Prinsip Ekonomi Umat Islam
Berbalik pada prinsip ekonomi islam, setiap keuntungan dan kerugian dalam perniagaan merupakan lumrah dalam muamalat islam.
Ia menjadi asas kepada perniagaan dan perkongsian.
Islam menggalakkan sistem mudharabah.
Iaitu pemodal memberikan modalnya kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan dan keuntungan dibahagikan di antara mereka.
Hal ini dilihat sama seperti dengan apa yang dilakukan pada Hari Raya korban Aidiladha dengan pengagihan dan sumbangan daging korban.
Dalam rezeki kita, terdapat rezeki dan bahagian orang lain juga.
Pemacu Masa Depan Negara
Ekonomi Islam perlu dilaksanakan kerana ianya teratur, seimbang dan memberi kebaikan kepada semua manusia.
Matlamat sistem ini adalah mencari keredhaan Allah yang mementingkan aspek keadilan dan keseimbangan, kebebasan individu dengan perkara-perkara keduniaan.
Tambahan pula, institusi kewangan Islam yang menjana ekonomi Malaysia antaranya seperti Baitulmal, bank yang berteraskan Islam dan takaful.
Dalam pada itu, institusi-institusi ini memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara disamping mendapat sokongan yang menggalakkan daripada umat Islam di Malaysia.
Sebagai contoh, tugas Bank Negara menjaga kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran kondusif pertumbuhan ekonomi.
Pada masa yang sama, bank atau institusi kewangan menjadi pengantaraan transaksi duit masuk dan keluar samada bagi urusan pinjaman, pembiayaan atau pelaburan.
Kemudian pelaburan yang berkaitan dengan saham pula, ia melibatkan syarikat-syarikat broker yang mana setiap trader wajib mempunyai akaun cds yang akan dibuka dibawah syarikat broker ini.
Selepas itu, baru boleh wujudnya transaksi jual beli saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.
Jadi anda sudah ada akaun cds? Kalau belum jum buka sekarang dengan kami!
Yang penting percuma sahaja.