| |

Harga Emas Cecah Paras Tertinggi

Harga Emas Cecah Paras Tertinggi

Pada 19 Julai 2019 bersamaan hari jumaat, harga emas telah meningkat berada paras tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Kenaikan ini disebabkan oleh isu ketegangan di Asia Barat dan kenyataan daripada pegawai Rizab Persekutuan yang menyatakan bahawa berkemungkinan dalam tempoh terdekat, bakal berlakunya pengurangan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Harga emas telah mencecah paras tertinggi iaitu SSD1,452.60 per auns pada awal dagangan, iaitu harga tertinggi sejak Mei 2013.

Kemudian ianya jatuh sebanyak 0.2% kepada ASD1,442.71.

Minggu ini, harga emas telah meningkat sebanyak 1.8% dan telah mencatatkan kenaikan dua minggu berturut-turut.

Kenyataan Federal Reserve , John William berkenaan pengurangan interest rate

Presiden Rizab Persekutuan New York (New York Federal Reserve) iaitu John Williams telah membuat kenyataan pada khamis lepas yang menyatakan bahawa bank pusat (central bank) perlu membuat tindakan yang pantas apabila pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.

Walaubagaimanapun, kenyataan beliau bukan memberi petanda bahawa polisi akan berubah pada masa hadapan.
Ia hanya ucapan yang diucapkan pada majlis yang dihadiri oleh Federal Open Market Committee.

Dalam ucapannya pada majlis tahunan itu, Williams menyatakan “Lebih baik mengambil langkah pencegahan daripada berlakunya bencana”.

Kenyataan beliau disalaherti apabila orang awam menjangkakan bank pusat Amerika Syarikat bakal mengurangkan interest rate negara sebanyak 25 basis poin pada mesyuarat dasar polisi 30-31 Julai.

Ada juga yang menjangkakan penurunan sebanyak 50 basis poin.

Kenyataan ini telah memberi kesan sentimen kepada pasaran.

Niaga hadapan emas (gold futures) telah meningkat sebanyak 1.5% pada hari tersebut manakala perak naik hampir 2.5%.

Pasaran saham AS juga ditutup tinggi selepas kenyataan tersebut dibuat:
⦁ Dow Jones Industrial Average, DJIA: +3.12 poin
⦁ S&P 500,SPX:+10.69 poin
⦁ Nasdaq Composite Index,COMP: +22.04 poin

Isu ketegangan di Asia Barat

Pada tarikh 18 Julai 2019 bersamaan hari khamis, Presiden Amerika Syarikat(AS) iaitu Donald Trump mendakwa kapal perang AS, USS Boxer telah menembak jatuh sebuah dron kepunyaan Iran.

Dron tersebut berada pada jarak 1,000 meter daripada kapal Angkatan Laut itu dan tidak mengendahkan amaran untuk berundur.

Dakwaan tersebut telah menambah buruk ketegangan hubungan diplomatik yang berlaku di antara Washington dan Tehran.

Trump berkata, dron tersebut ditembak kerana mengancam keselamatan kapal dan kru kapal di Selat Hormuz.

Menurut Mohammad Javad Zarif selaku Menteri Luar Iran, beliau tidak dimaklumkan Tehran kehilangan dron milik negara itu dan dakwaan Trump masih dalam siasatan.

Pada 20 Jun 2019, Iran telah menembak jatuh dron pengintip milikan AS selepas menceroboh ruang udaranya di persisiran Hormozgan.

Kesimpulan

Pasaran dagangan sangat sensitif dan mudah dipengaruhi oleh faktor luaran. Tiada sesiapa yang boleh menjangkakan peristiwa ataupun kejadian yang bakal berlaku.

Setiap trader atau pelabur perlu cakna dengan market sentimen kerana ia berkait rapat dengan pasaran saham.

Sentimen tersebut boleh jadi positif ataupun negatif, maka reaksi pasaran akan seiring dengan penurunan atau kenaikan harga.

Dalam pasaran kewangan, terdapat satu istilah yang merujuk kepada kejadian yang janggal dimana ianya mampu melumpuhkan dan memberi kesan yang teruk terhadap sistem ekonomi. Istilah ini dinamakan sebagai “Black Swan”.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts