Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahniah kerana telah berjaya membuka akaun CDS Mplus dengan saya Maher Alias sebagai Remisier anda.
Dibawah ini adalah perkara-perkara yang anda perlu tahu bagi memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia.
(Sila bookmark page ini atau simpan link page ini untuk rujukan masa hadapan)
1. Cara Log In Ke Akaun M+
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah log in ke platform trading Mplus
Boleh baca artikel ini sekiranya anda menghadapi masalah log in ke akaun Mplus anda:
Cara Log In Pertama Kali Ke Akaun Mplus
2. Deposit Duit Kedalam Trust Account Mplus
Bagi membolehkan anda membuat pembelian saham di platform Mplus, anda perlu memasukkan duit ke dalam Trust Account.
- Sila rujuk artikel ini untuk Cara Deposit Duit Ke Akaun Mplus
Account summary selepas deposit
- Selepas proses deposit selesai, anda boleh lihat jumlah deposit anda di Account summary
- Pergi ke My Account > Account Summary > Available Trading Limit
- M+ akan simpan khas RM 40 + 0.05% daripada jumlah deposit anda untuk kegunaan masa depan jika transaksi jual beli saham anda tak mencukupi. Jika transfer RM 500, jumlah yang akan ditunjukkan dalam available trading limit adalah RM 457.50

- Keesokannya Trust Account akan menunjukkan amaun penuh yang anda dah transfer sebelum ini.
- Gambar dibawah menunjukkan contoh jika anda transfer RM 500 ke dalam trust account Trust Account: RM 500.00 dan Available Trading Limit: RM 457.50

3. Cara Membeli Saham Di Mplus
Apabila sudah ada duit dalam Trust Account anda sudah boleh membuat pembelian saham anda yang pertama. Maksimum jumlah saham yang boleh dibeli adalah berdasarkan jumlah Available Trading Limit.
Anda boleh rujuk cara untuk membeli saham di platform Mplus disini
4. Cara Menjual Saham Di Mplus
Penjualan saham akan dibuat apabila telah mencapai masa untuk Take Profit (TP) atau Cutloss (CL).
Untuk menjual saham yang anda miliki, boleh rujuk di sini : Cara Jual Saham Di Mplus
5. Withdraw Duit Dari Trust Account Mplus
Anda boleh keluarkan duit dari Trust Account terus ke akaun bank anda.
Rujuk artikel ini untuk Cara Withdraw Daripada Akaun Mplus
6. Dapatkan Akses Mahersaham App
Sebagai client yang buka akaun CDS Mplus dengan Remisier Maher Alias, anda akan dapat kelebihan untuk akses Mahersaham App.
Bagi mendapatkan akses penuh, anda perlu linkkan akaun CDS Mplus anda dengan Mahersaham App dengan mengikut guide yang diberikan ini : LINK MPLUS DENGAN MAHERSAHAM APP
*sila gunakan emel sama yang anda gunakan untuk pendaftaran akaun CDS Mplus
Dalam Mahersaham App anda akan dapat akses kepada video pembelajaran saham, screener saham, rakaman sesi bersama client setiap petang dan juga LINK Zoom untuk sertai sesi bersama client setiap petang.
7. Sertai Group Support Client Di Telegram
Bagi membolehkan saya membimbing anda dengan lebih baik, sila masuk ke dalam group support client di telegram.
Hubungi Mahersaham Support BOT dengan tekan link ini : https://t.me/Mahersaham_support_bot
Tekan butang Menu dan pilih /start untuk sahkan anda sebagai client Maher Alias. Masukkan maklumat yang diminta dan anda akan dapat link untuk sertai Group Support Client Maher Alias.
8. Join LIVE Setiap Petang Bersama Remisier Anda
Setiap petang jam 4 petang keatas, akan diadakan sesi LIVE bersama Client yang buka Akaun CDS Mplus dengan Maher Alias.
Sila sertai LIVE atau tonton rakaman untuk membiasakan diri dengan keadaan market dan penggunaan platform. Saham-saham berpotensi juga akan dibincangkan dalam sesi ini.
Dapatkan LINK ZOOM LIVE setiap petang disini atau pergi ke app.mahersaham.com > client > special for client
Penutup
- Tahniah kerana telah berjaya membuka akaun CDS Mplus dengan saya
- Handguide yang saya berikan ini adalah rujukan pertama anda untuk memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia
- Sebarang pertanyaan dan permasalahan sila berhubung dengan Mahersaham Platform di t.me/mahersahamplatform
- Saya doakan anda berjaya mendapatkan pulangan dan keuntungan di pasaran saham Bursa Malaysia.
Jumpa anda di Group Support!
Anda juga boleh follow Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu