|

Halal ke Saham ini?

Bila sebut tentang pelaburan perkara pertama akan ditanya adalah Halal ke saham ini? SYARIAH ke?

Soalan ini bagus kerana masyarakat kita telah membuka mata untuk mencari rezeki dari sudut yang SYARIAH.

Mungkin dulu tidak dititik beratkan sangat namun sekarang sudah ada. Syabas! Kerana mencari yang halal itu FARDHU.

Selain itu bila buka cerita tentang pelaburan, masyarakat kita akan termimpi-mimpi skim skim pelaburan yang pernah mereka baca di dada dada akhbar.

Mereka menjadi fobia. Bagus juga kerana dengan sikap ini mereka tidak mudah terpengaruh.

Jadi kali ini, kita bercerita tentang SAHAM di BURSA MALAYSIA. Satu pelaburan yang memang di kawal selia dengan undang-undang yang ada di Malaysia.

Bursa Malaysia ni merupakan platform di mana jual beli saham dijalankan. Bursa Malaysia menjadi badan sah, berautoriti dan diiktiraf. Tak ada pelaburan yang untung atas angin je.

Jadi dalam BURSA MALAYSIA ini, badan yang menentukan sesebuah syarikat itu SYARIAH atau TIDAK adalah SC- SECURITY COMMISION .

Dirujuk dari laman web rasmi SC, gambar di bawah adalah AHLI MAJLIS PENASIHAT SC ( https://www.sc.com.my/my/members-of-the-scs-shariah-advisory-council/ )

AHLI MAJLIS PENASIHAT SECURITY COMMISION

Majlis penasihat ini akan berlangsung 2 kali setahun, iaitu MEI dan NOVEMBER. Keputusan akan di keluarkan untuk memberitahu KAUNTER YANG PATUH SYARIAH DAN TIDAK.

Dari sini bagi kita TRADER/INVESTOR yang islam hanya memilih kaunter-kaunter yang PATUH SYARIAH sahaja. Untuk info jugak MAHERSAHAM adalah dibawah BROKER Malacca Securities Sdn Bhd.

 Salah satu produk MPLUS adalah ISLAMIC STOCKBROKING WINDOW dalam BAHASA mudah CDS ISLAMIC.

CDS ISLAMIC yang bestnya, jika kita tertekan BUY kaunter yang tidak SYARIAH, kita tidak akan dapat KAUNTER itu. Akan auto DECLINE.

Oleh itu, dari sudut HALAL itu memang sudah dititik beratkan. Bagi yang belum ada CDS ISLAMIC atau bersama MPLUS yang antara caj brokerage yang paling murah boleh klik link ini sekarang –> https://www.mahersaham.com/daftar-akaun-cds-sekarang/

Selain itu, untuk info, BROKER yang menawarkan perkhidmatan berkaitan saham yang islamik sehingga sekarang ada 14 BROKER seperti berikut :

1) Affin Hwang Investment Bank Berhad
2) AmInvestment Bank Berhad
3) BIMB Securities Sdn Bhd
4) CIMB Investment Bank Berhad
5) Hong Leong Investment Bank Berhad
6) Jupiter Securities Sdn Bhd
7) Kenanga Investment Bank Berhad
8) Malacca Securities Sdn Bhd
9) Maybank Investment Bank Berhad
10) RHB Investment Bank Berhad
11) INTER-PASIFIC Securities Sdn. Bhd.
12) MIDF Investment
13) Public Investment Bank
14) TA Securities

Disini kita boleh lihat yang SAHAM ini sangatlah selamat dan patuh syariah.

Hanya kita perlu mencari ilmu untuk menguasai bidang saham ini dari segi ilmu FUNDAMENTAL ANALYSIS dan juga TECHNICAL ANALYSIS.

Untuk mencari ilmu, MAHERSAHAM ada menganjurkan kelas-kelas untuk anda. Anda boleh check di bahagian ini –>https://www.mahersaham.com/events/

Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts