Hakikat Tentang Dividen ASB 5.5%
Dividen ASB 5.5% terendah dalam sejarah
Pada 18 Disember, Amanah Saham Nasional Bhd telah menamatkan penantian rakyat Malaysia apabila mengumumkan pengagihan pendapatan (dividen) sebanyak 5.5% iaitu 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Pengumuman pengagihan dividen ini diumumkan oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Aziz bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2019.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) merupakan syarikat unit amanah hak milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Pengagihan berjumlah RM9.0 bilion akan memanfaatkan 10 juta pemegang unit yang memiliki 167.2 bilion unit dalam ASB.
Pengumuman ini mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia kerana dividen pada kali ini merupakan pulangan paling rendah dalam sejarah rekod pembahagian dividen ASB.
Beberapa hari sebelum pengumuman diumumkan, terdapat desas desus yang mengatakan dividen ASB bakal berkurangan dari tahun sebelumnya.
Ternyata, dividen ASB pada tahun 2019 merupakan yang paling rendah dalam sejarah.
Kenapa pendapatan agihan dividen ASB menurun?
Jika dilihat pada rekod dividen ASB, memang terdapat penurunan dari tahun ke tahun.
Walaubagaimanapun, dalam keadaan pasaran tempatan dan antarabangsa yang mencabar, PNB mencatatkan prestasi yang berpatutan pada 2019.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, Komposit Indeks Kuala Lumpur (KLCI) telah menurun sebanyak 7.2% sejak 16 Disember yang lalu, sekaligus menjadikannya antara indeks berprestasi terendah di dunia.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi asbab penurunan angka dividen ini. Antaranya ialah:
1. Pasaran saham Malaysia tidak begitu memberangsangkan
Akibat daripada ketidaktentuan pasaran kewangan dan perang dagang US-China yang berterusan, dengan perdagangan global yang perlahan yang menjejaskan permintaan luar dan prestasi eksport bagi pasaran serantau, persekitaran pasaran telah menjadi lebih mencabar pada 2019.
Lebih-lebih lagi ASB melabur dananya sehingga 70% dalam pasaran saham tempatan.
2. Dana PNB yang semakin besar
Pada tahun 2019, saiz dana ASB telah pun mencecah RM320 Billion!
Bukan mudah untuk menguruskan dana yang sebegitu besar jumlahnya jika dibandingkan dana ASB pada tahun 90-an dahulu.
Strategi pelaburan perlu disesuaikan mengikut pasaran ekonomi semasa.
Secara realistiknya, pulangan 7% bukanlah angka yang ‘sustainable’ buat ASB.
PNB akan terus memberi pulangan mampan kepada para pemegang unit.
PNB juga akan terus memperkukuhkan portfolio pelaburan melalui strategi kepelbagaian, pengurusan risiko yang lebih teliti dan meningkatkan kecekapan dalaman menerusi rancangan transformasi organisasi yang progresif.
Tujuan sebenar ASB
Inilah hakikat yang orang ramai tidak faham yang sebenarnya.
ASB ditubuhkan sebagai institusi pelaburan bukanlah simpanan.
Sama seperti unit amanah tetapi harga seunitnya adalah tetap iaitu RM1=1 unit.
ASB dan ASB Financing ialah dua instrumen yang berbeza dimana kedua-duanya medium pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
ASB bukanlah jalan pintas untuk membina kekayaan.
Anda rugi sekiranya tidak memanfaatkan ASB kerana ianya khusus untuk Bumiputera sahaja.
Berapa ramai yang bukan bumiputera mahukan keistimewaan ini tetapi tidak dapat merasainya.
ASB tetap tempat melabur untuk pulangan yang berisiko rendah.
Sebut instrumen pelaburan mana yang beri pulangan lagi tinggi tetapi risiko rendah?
Relevankah untuk membuat ASB Financing?
Apabila pengumuman dividen 5.5% diumumkan, terdengarlah bisikan-bisikan untuk ‘terminate’ sijil pembiayaan ASB .
Jika anda menggunakan teknik ‘rolling dividen’ untuk membuat pembiayaan ASB, ini bermakna anda bukanlah seorang jiwa pelabur yang sebenar.
Hal ini kerana pembiayaan ASB Financing termasuk dalam pengiraan DSR (Debt-Service-Ratio) dimana jika anda gagal untuk membuat pembiayaan semula, rekod kesihatan kredit anda akan mula terjejas.
Walaubagaimanapun, pelaburan ASB masih lagi berbaloi.
Ini kerana risiko pelaburan ASB sangat rendah.
ASB Financing juga dilihat boleh memupuk sikap menyimpan duit kerana ianya bersifat ‘force saving’.
Better than nothing.
ASB Financing juga lebih berbaloi jika dibandingkan dengan simpanan ASB biasa.
Anda pernah dengar peranan ASB Financing ini sebagai tabung duit kahwin, deposit rumah dan deposit kereta?
Ya benar, dengan gameplan yang jelas, sepatutnya tiada kerisauan sekiranya dividen pada tahun ini diumum rendah.
Pesanan buat ejen produk kewangan
Sedikit nasihat untuk ejen ASB, anda disarankan untuk tidak menggalakkan orang ramai untuk membuat pembiayaan ASB dengan menggunakan teknik ‘dividen rolling’.
Hal ini dikhuatiri pelanggan akan membuat pinjaman maksimum, dimana akhirnya mereka terpaksa ‘top up’ duit kerana menggunakan teknik ‘dividen rolling’.
ASB Financing tidak salah, tetapi yang salah ialah pelanggan yang membabi buta membuat pinjaman tanpa mengira keupayaan untuk membayar semula.
Tiada objektif yang jelas mengapa membuat sedemikian.
Sebagai seorang konsultan atau ejen yang beretika, pastikan prospek anda mampu untuk membayar pembiayaan bulanan mengikut kemampuan.
Pesanan ini juga ditujukan kepada ejen-ejen dari industri insurans/takaful, sifu saham, ejen hartanah yang mula memunculkan diri dengan membuat kenyataan mengajak orang ramai untuk menyertai mereka.
Ada juga golongan yang mengambil kesempatan dengan mempromosi Skim Cepat Kaya menawarkan pulangan dengan hanya 2 jam sahaja!
Allahu terdesak sungguh masyarakat kita.
Tidak kiralah anda ejen dari mana-mana produk kewangan sekalipun, tugas anda hanyalah memberi info yang tepat dan semestinya JUJUR kepada pelanggan.
Yang selebihnya, terpulang kepada keputusan pelanggan untuk memilih produk yang anda wakili ataupun tidak.
Tidak perlu untuk menyindir sesama sendiri dalam memperkenalkan produk masing-masing.
Don’t put all your eggs in one basket
Dalam pelaburan ada satu istilah yang sangat terkenal iaitu “ Don’t pull all your eggs in one basket”.
Jika anda tidak mendapat pulangan seperti yang diinginkan, anda boleh mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dengan meletakkan modal anda di beberapa instrumen yang lain.
Senang kata, ‘park’ modal anda dalam instrumen yang memberikan pulangan yang lebih baik.
Antara instrumen untuk melabur ialah:
3.Deposit Tetap
5.Investment Link Takaful/insurans
Dan yang terbaru, sebuah platform digital patuh Syariah yang pertama di Malaysia sudah dilancarkan iaitu Wahed Invest.
Ada banyak lagi cara untuk melabur.
Melabur biarlah dengan ilmu, insyaAllah ini persediaan untuk hari tua kita kelak.
Tak ada yang betul, tiada yang salah.
Terpulang kepada anda untuk memilih instrumen pelaburan mana yang terbaik dan sesuai untuk anda.
Understand the risk before the reward.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.