GUNA APP SETEL UNTUK ISI MINYAK DI PETRONAS
Guna App Setel Untuk Isi Minyak, Macam Mana?
Sekali dengar perkataan Setel apa yang anda tahu?
Tahukah anda Setel adalah satu App dengan kerjasama stesen minyak Petronas bagi memudahkan pelanggan mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter lagi.
Macam mana tu? Macam pelik kan. Tapi betul ini bukan cakap kosong ya. Dengan hanya menggunakan App ini, pelanggan pergi ke pam minyak, bayar dalam kereta sahaja dan dapat isi minyak terus. Nak full tank pun boleh bosku, tiada hal.
Jika tidak dahulu leceh nak kena keluar kereta pergi kaunter bayaran. Kalau guna kad debit atau kredit pun masih perlu keluar kereta untuk cucuk kad di mesin pam minyak. Betul?
Tetapi, menggunakan App Setel ini boleh jimatkan masa anda lebih-lebih lagi jika menjelang musim perayaan. Mana tidaknya, bila musim cuti sekolah atau musim perayaan confirm banyak stesen minyak yang penuh kerana semua orang nak isi minyak.
Selamat ke Guna App Setel untuk isi minyak?
Mesti ada yang tertanya-tanya selamatkah guna telefon semasa di pam minyak?
Walaupun perkhidmatan Setel memudahkan pelanggan melakukan pembelian minyak petrol tanpa ke kaunter lagi, namun keselamatan juga perlu diutamakan.
Bagi langkah keselamatan, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan Setel HANYA DI DALAM KENDERAAN SAHAJA dan BUKAN KETIKA BERADA DI LUAR KENDERAAN.
Kenapa perlu Guna App Setel untuk isi minyak?
App ini amat digalakkan kepada pelanggan Petronas kerana ianya sangat mudah dan mesra pengguna. Sebab apa tahu tak?
Dengan hanya menggunakan App ini, anda boleh pantau kos penggunaan minyak anda secara bulanan atau mingguan.
Segala transaksi pembelian minyak akan direkodkan dan disimpan dalam bentuk PDF sahaja. Nak Download pun boleh!
Jadi setiap bulan anda boleh cek terus perbelanjaan minyak petrol yang telah anda gunakan. Best kan.
Cara Guna App Setel untuk isi minyak
Jadi anda boleh ikut cara-cara berikut guna App Setel untuk isi minyak di Petronas
Langkah 1:
Pergi ke App Store dan search ‘SETEL’. Kemudian klik Install. Selasai install app Setel klik ‘Open’.
Langkah 2:
Untuk pertama kali menggunakan App ini perlu Register terlebih dahulu. Klik ‘Register’
Langkah 3:
Isikan details nama penuh, nombor telefon, alamat email dan Password. Dibahagian Promo code masukkan KOD ‘ufbcc’. Dengan menggunakan KOD ini, anda akan mendapat FREE RM5 selepas guna App Setel untuk isi minyak.
Selepas selesai klik ‘Register’.
Langkah 4:
Kemudian masukkan 6 digit kod pengesahan yang diberikan melalui sms nombor telefon anda
Langkah 5:
Selepas selesai, klik ‘Allow Location’. Kemudian klik ‘Create PIN’. Set pin nombor anda dan masukkan sekali lagi nombor pin yang sama sebagai langkah keselamatan
Langkah 6:
Anda boleh aktifkan fingerprint anda setiap kali pembelian minyak di stesen. Jika berminat klik ‘TURN ON’. Kemudian confirm kan cap cari anda
Langkah 7:
Anda juga boleh setkan nombor kad kredit atau kad debit untuk topup duit ke dalam App Setel. Jika tidak berminat klik sahaja skip
Langkah 8:
Klik ‘Get Started’. Anda klik pada butang ‘locate’ dan kemudian Setel akan keluarkan cadangan lokasi Petronas yang berdekatan dengan anda.
Langkah 9:
Untuk topup secara Online Banking, klik pada pilihan ‘Payments’.
Langkah 10:
Kemudian pilih Top-up >> Online Banking >> pilih Amount >> pilih Bank >> klik Proceed
Langkah 11:
Selesai Top-up!
Langkah 12:
Untuk buat pembelian minyak di stesen minyak, klik ‘Purchase Fuel’ >> Got It >> pilih nombor pam minyak >> masukkan Amount harga minyak atau Full tank.
Langkah 13:
Tunggu sehingga siap minyak diisi. Yang bestnya selepas selesai anda boleh terus semak point mesra yang diperoleh dan resit minyak anda. Senang dan cepat.
Kesimpulan
Dengan hanya mengisi minyak menggunakan Setel anda boleh buat pengiraan jumlah minyak bulanan anda setiap bulan dengan transaksi yang disimpan dalam App ini.
Contohnya, anda boleh semak semula resit dalam App ini sebagai catatan anda. Maka dengan cara ini dapat menjaga budget perbelanjaan bulanan dan pengurusan kewangan anda.
Ada Setel semuanya Settle!
Selain menggunakan app ini untuk mengisi minyak di Petronas, anda juga layak mempunyai pegangan saham Petronas iaitu saham Petronas Dagangan (PETDAG) dan Petronas Gas (PETGAS) di Bursa Malaysia.
Macam mana nak ada pegangan saham Petronas ni?
Kena lah beli saham kan.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.