Greatech Technology Bhd berpindah ke Main Market
Greatech Berpindah Ke Main Market Pada 28 Dec
Hai dan salam sejahtera! Hari ni saya akan kongsi dengan anda semua mengenai news di akhbar The Edge Market. Ia adalah mengenai sebuah syarikat iaitu Greatech Technology Bhd.
Sebelum kita pergi lebih jauh..jom kita kenal dulu dengan syarikat ni.

Syarikat ini sebelum nie tersenarai dalam ACE Market dan berada dalam sektor teknologi. Berikut adalah corporate information untuk syarikat ini.
Syarikat Greatech Technology Berhad bersama dengan anak syarikatnya adalah salah satu penyedia penyelesaian automasi terkemuka di dunia dalam bidang automasi kilang. Syarikat ini juga terlibat dalam reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran sistem.
Dan…untuk pengetahuan korang Greatech Technology Bhd yang tersenarai di ACE Market telah mendapat persetujuan dari Bursa Malaysia untuk listing dalam MAIN Market.
Syarikat itu mengatakan akan mengalihkan penyenaraiannya ke MAIN Market mulai 28 Disember dan akan diletakkan di bawah sektor teknologi.
Selain itu, syarikat ini juga mempunyai modal saham sebanyak 626 juta saham.
Banyakkan!

Berikut di atas adalah keratan akhbar berkaitan berita ini daripada The Edge Market. Anda boleh rujuk The Edge Market untuk info lebih lanjut.
Disamping itu, dalam pernyataan yang berasingan Greatech mengatakan anak syarikatnya yang dimiliki sepenuhnya oleh Greatech Integration (M) Sdn Bhd telah memperoleh lebih banyak pesanan daripada pelanggan yang ada.
Sehingga kini jumlah buku pesanannya meningkat menjadi RM369.20 juta dari RM266.90 juta pada 27 Nov.
Tempoh pesanan akan merangkumi tahun kewangan berikutnya dan ini diharapkan akan memberikan sumbangan positif kepada pendapatan syarikat ini.
Kemajuan Greatech Technology Bhd
Berdasarkan news ini dapat kita lihat bahawa syarikat Greatech ini telah membangun dengan pesat dan maju dalam tempoh yang singkat.
Hal ini kerana daripada syarikat ini tersenarai di ACE Market dan kini ia telah naik ke MAIN Market. Satu pencapaian yang membanggakan.
Seperti yang anda maklum, bukan mudah untuk sesuatu syarikat tersenarai di dalam MAIN Market. Ia memerlukan tenaga dan usaha yang tidak putus.
Selain itu, faktor ekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan sumbangan yang positif.

Jika dilihat chart Greatech ni, ia menunjukkan kenaikan harga saham yang banyak walaupun dalam masa yang singkat. Syarikat ini bermulanya IPO pada harga RM0.653 pada Jun 2019. Dan kini harga saham ini telah naik hingga ke harga RM8.44 pada Dec 2020
Wow! satu pencapaian yang memberangsangkan! Ia mengambil masa hanya setahun lebih untuk naik sebanyak 1200%
Kesimpulan
Kesimpulannya, syarikat Greatech ini merupakan sektor teknologi dan dapat kita lihat bahawa sektor teknologi ni sentiasa akan ada kenaikan kerana ia bersifat ‘evergreen’. Semakin berkembang pesatnya sesuatu teknologi maka semakin meningkat juga prestasi syarikat yang berkaitan dalam sektor ini.
Jadi, mungkin anda boleh mengambil peluang ini untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi kaunter-kaunter yang berada dalam sektor teknologi. Selain itu, sektor teknologi ini juga banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
______________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga artikel kali ini memberi nilai tambah dan pengetahuan yang baik untuk anda.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.