Glovefest- Mah Sing dan Luster memasuki pasaran baru.
Mah Sing dan Luster menyertai glovefest, tetapi adakah ia akan bertahan?
Bercakap mengenai pandemik COVID-19. Terdapat beberapa kesan yang dialami dan telah mengakibatkan banyak pihak dan ia juga turut memberi impak kepada pelbagai sektor termasuklah ekonomi. Sektor ekonomi yang sedang mencanak naik sekarang adalah sektor getah. Terdapat beberapa syarikat yang telah menyertai glovefest
Persoalannya adakah dengan menyertai glovefest ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi sekaligus memberikan impak yang positif?
Jika artikel sebelum ini saya ada menerangkan mengenai IPO Econframe Berhad
Artikel kali ini saya akan dedahkan kepada anda semua mengenai beberapa syarikat yang telah “lompat” ke dalam sektor baru.
Apakah antara sektor itu ya?
Antara sektor yang sedang naik adalah sektor rubber glove. Hal ini mengakibatkan terdapat beberapa syarikat yang telah “melaburkan” sebilangan besar modal dalam sektor ini.
Syarikat yang terlibat adalah Mah Sing & Luster.


Mah Sing akan melaburkan RM150 juta untuk Fasa 1 dalam usaha membuat sarung tangan
Mah Sing Group Bhd akan melabur sehingga RM150 juta dalam perbelanjaan modal (capex) untuk fasa pertama. Ia juga membuat cadangan perniagaan untuk mempelbagaikan pembuatan dan perdagangan sarung tangan serta produk kesihatan.
CEO Mah Sing mengatakan capex memerlukan pembelian 12 line pengeluaran sarung tangan baru dan kilang serta mesin lain seperti:
- dandang
- penyejuk
- pemampat
- loji rawatan air sisa
- kerja pembaikan gudang di Klang.
Pemaju hartanah Mah Sing itu mengumumkan lagi rancangannya untuk mempelbagaikan bidang kesihatan dengan menceburkan diri dalam pembuatan sarung tangan melalui anak syarikat milik penuh Mah Sing Healthcare Sdn Bhd.
Berkata lagi Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum CEO kepada Mah Sing
“Saya bertujuan untuk mula menghasilkan sarung tangan di kilang sarung tangan pertamanya di Kapar, Klang dengan bangunan seluas 228.800 kaki persegi”
“Fasa pertama kilang akan menempatkan 12 barisan pengeluaran baru dengan kapasiti maksimum 3.68 bilion sarung tangan setahun”
Selain itu, 6 barisan pengeluaran pertama dijangka siap beroperasi pada suku kedua tahun depan, diikuti oleh 6 barisan pengeluaran lagi yang dijangka siap pada suku ketiga 2021.

Seperti yang anda maklum, syarikat Luster juga merupakan salah satu syarikat yang telah memasuki rubber glove games
Luster Industries Berhad telah menjadi syarikat terbaru yang bergerak dalam pembuatan sarung tangan getah
Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum mengatakan pihaknya bekerjasama dengan Fortune Tac Sdn Bhd untuk menubuhkan firma baru bernama Glovmaster Sdn Bhd.
Syarikat ini memegang saham sebanyak 56% dan Fortune Tac mengendalikan selebihnya
Sebidang tanah seluas 4,013 m2 di Banting, Selangor telah dikenal pasti untuk usaha baru ini.
Perancangan Luster
Luster berkata kilang pembuatan baru itu akan menempatkan dua kali ganda tujuh jalur pengeluaran sarung tangan, dengan kapasiti pengeluaran tahunan dua bilion sarung tangan nitril.
Operasi dijangka bermula pada suku ketiga 2021.
Fortune Tac telah memberikan jaminan bahawa keuntungan sebelum cukai keseluruhan untuk 2 tahun pertama operasi tidak akan kurang dari RM200 juta.
Untuk membiayai bahagiannya dari Glovemaster, Luster akan melancarkan penempatan swasta yang melibatkan 482.15 juta saham yang pada 12.5 sen sesaham akan menaikkan RM60.27 juta.
Hingga hari kini Luster merupakan saham kedua yang paling aktif didagangkan dengan jumlah dagangan sebanyak536.37 juta saham.
Ia adalah peratusan untung keempat tertinggi, meningkat 28.57% atau 5 sen kepada 22.5 sen, dengan nilai kumpulan pada RM542.42 juta.
Rubber Glove Games (glovefest)
Selain daripada syarikat Mah Sing dan Luster yang telah memasuki pasaran getah terdapat beberapa syarikat lain juga yang telah disenaraikan yang akan memasuki pasaran getah. Situasi ini dinamakan sebagai rubber glove games.
Berikut adalah senarai nama syarikat yang terlibat yang telah disertakan bersama closing price dan market capitalisation
___________________________________________________________________________________
Korang dah follow/like/join media sosial Mahersaham???
Follow sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham