Gamestop- Apa yang berlaku sebenarnya?

Asslamuaalaikum dan selamat sejahtera.

Haiii!!!

Korang sihat?

Pastikan anda terus menerus menjaga diri dan keluarga.

Agar kita dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini.

Akhir-akhir ini isu mengenai Gamestop hangat menjadi perbualan ramai di internet.

Terutama kepada mereka yang terlibat dengan dunia saham.

Ada juga yang mengatakan bahawa isu ini berkait dengan hedge fund, short selling dan juga market manipulation.

Apa pulak tu?

Mari kita membongkar apa yang terjadi sebenarnya.

Apa itu Gamestop?

Gamestop merupakan satu syarikat yang terlibat dengan penjualan permainan seperti Xbox One X dan PlayStation 4 .

kredit gambar: Google

Gamestop juga salah satu saham yang berada dalam pasaran di luar negara (USA).

Kredit gambar: yahoo finance

Apa itu Hedge Fund?

Menurut website Investopedia hedge fund adalah financial partnerships that use pooled funds and employ different strategies to earn active returns for their investors.

Bahasa mudahnya mereka adalah institusi pelabur yang mempunyai dana yang banyak.

Apa itu Short Selling?

Secara ringkasnya, short selling merupakan urus niaga menjual dahulu sebelum membeli.

Jadi short sell berlaku apabila pelabur meminjam saham daripada broker mereka dan jual saham tersebut. (Contohnya pada waktu ni harga saham bernilai RM2)

Kemudian, pelabur mesti beli semula saham yang sama untuk menggantikan saham yang dipinjamnya tadi. (Contoh pada waktu ni harga saham dah jatuh pada nilai RM1.50)

Short selling membolehkan trader membuat untung dalam keadaan market yang jatuh merudum .

Untung = Harga jual – Harga beli semula

Ikut contoh di atas,

Untung = RM2 – Rm1.50

Untung = RM 0.50

Faham tak?

Kalau korang nak faham lebih lanjut mengenai short selling ni korang boleh baca artikel Short Selling di Bursa Malaysia-IDSS.

Apa Yang Terjadi?

Ceritanya ada hedge fund yang membuat keuntungan dengan short selling melalui saham Gamestop.

Mereka seperti mempunyai ramalan bahawa harga saham Gamestop akan jatuh.

Sehingga tahap hedge fund ini memimjam saham daripada broker melebihi saham yang ada.

Maksudnya saham tersebut tidak wujud pun.

Over-shorted!

Hedge fund ini telah untung berbilion-bilion.

Sehingga menyebabkan syarikat Gamestop menghampiri bankrupt lah.

Untuk pengetahuan korang perkara ini mengambil masa berbulan-bulan.

Kemudian apa yang berlaku?

Pada satu hari, ada seseorang (User Reddit) yang perasan bahawa hegde fund ini meminjam saham yang tidak wujud pun.

Dia pun bagitahu lah semua orang.

Orang tersebut pun ajaklah ramai-ramai untuk lawan hedge fund dengan cara membeli saham Gamestop dan jangan jual.

Maka perkara ini pun viral di Reddit (media sosial seperti Facebook dan Twitter).

Mulalah pelabur retailer seperti kita membeli saham syarikat tersebut beramai-ramai.

Perkara ini makin viral apabila seorang usahawan bernama Elon Musk tweet mengenai perkara ini dalam Twitter beliau dan tag forum Reddit tadi.

gamestop
https://twitter.com/elonmusk

Akhirnya saham tersebut ‘meroket’ dengan laju.

Boleh kata fly to the moon lah harga saham ni.

Iyalah harga saham Gamestop daripada satu digit akhirnya mencecah sehingga tiga digit.

Wow tak wow harga macam ni.

Berbalik kepada hedge fund tadi.

Dorang ni memang rugi gila-gila lah.

Rugi berbilion-bilion.

Banyak hedge fund yang bankrupt.

Inilah dinamakan kuasa penyatuan.

Kesimpulan

Sikap yang tamak akan memakan diri.

Jual beli saham gamestop ni masih lagi berlanjutan sehingga hari ini.

Masih belum ada kepastian apa akan berlaku pada masa hadapan.

Yang pasti banyak hegde fund mengalami bankrup.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts