Gambaran Lengkap Teknikal Analisis (TA)

Pengenalan

Analisa Teknikal (Technical Analysis, TA) merupakan salah satu analisa yang paling popular dan sangat penting dalam pelaburan saham selain Fundamental Analysis.

TA ialah analisa yang mengkaji tentang pergerakan harga dalam sesuatu jangka masa yang ditetapkan dengan hanya melihat kepada carta.

Kalau mungkin ada yang terfikir TA ni macam gambling, atau tikam sahaja, maka tidak akan ada pembelajaran berkaitan TA ini. Namun, disebabkan selepas dibuat kajian, chart ini menunjukkan beberapa pergerakan yang berulang-ulang kali dan ini merupakan antara pegangan dalam TA iaitu history repeat itself.

Untuk yang baru bermula dalam pelaburan saham, mungkin ramai yang akan rasa pening kepala, rasa macam terlalu banyak perkara yang tidak jelas yang perlu dipelajari.

Oleh itu, dalam tulisan kali ini, saya akan terangkan secara menyeluruh, gambaran lengkap Technical Analysis (TA) untuk memudahkan proses pembelajaran anda dalam bidang pelaburan saham.

6 Pecahan Technical Analysis

Bagi memudahkan pemahaman, saya pecahkan Technical Analysis ini kepada 6 pecahan iaitu : Charting Platform, Support Resistance, Basic Pattern, Indicators, Trading Plan, dan Automation.

1. Charting Platform

Charting platform adalah platform, ataupun tempat untuk melihat chart yang menunjukkan harga saham untuk kita membuat kajian. Terdapat beberapa charting platform yang terdapat diluar sana antaranya ialah : TradingView, Bursa Station, Share Investor, Chart Nexus dan ada juga platform yang disediakan oleh broker untuk kita melihat chart.

Di Mahersaham, saya gunakan TradingView dan galakkan semua client menggunakan charting platform yang sama supaya perbincangan kita lebih lancar dan lebih mudah untuk difahami.

Antara kelebihan menggunakan TradingView sebagai charting platform ialah ia boleh diakses menggunakan browser tanpa perlu download dan install di komputer. Hanya perlu sign up dan terus boleh digunakan di mana-mana komputer ataupun tablet.

Terdapat ‘saved function’ iaitu apabila anda log in akaun anda pada device yang berbeza, display dan juga indicator yang anda telah lukis sebelum ini akan masih boleh dilihat.

2. Support Resistance

Support dan Resistance adalah topik paling penting dalam Technical Analysis.

Support boleh dikatakan tempat yang dipercayai merupakan lantai untuk harga saham memantul semula naik ke atas sekiranya harga sedang jatuh kebawah dan terkena pada harga atau kawasan tersebut.

Resistance pula sebaliknya. Ia adalah siling untuk harga memantul semula kebawah sekiranya harga saham yang sedang naik terkena pada harga atau kawasan yang dipercayai adalah resistance.

Sekiranya anda inginkan pemahaman dan contoh yang lebih mendalam, anda boleh baca di Support dan Resistence Untuk Kajian Teknikal Analisis.

Antara teknik yang boleh digunakan ialah membeli pada harga support dan menjual pada harga resistance.

3. Basic Pattern

Terdapat banyak pattern dalam ilmu Technical Analysis, namun tahukah anda, dalam semua pattern tersebut akan ada ‘basic pattern’ ini.

Dalam basic chart pattern ini, terdapat 3 entry pilihan yang boleh dibuat iaitu A, B dan C seperti dalam gambar diatas.

  • A : Buy At Support (BAS)
  • B : Buy On Breakout (BOB)
  • C : Buy On Dip/Pullback (BOD)

Lain orang lain entry ataupun strategi. Tapi apa yang boleh saya katakan ialah, untuk penyusunan risiko antara A, B dan C mana yang lebih baik (diukur daripada paling kurang risiko kepada paling tinggi risiko) ialah : C > B > A

C paling selamat manakala A pula paling berisiko.

4. Indicators

Indikator adalah alat yang boleh digunakan untuk mengukur dan menjangka pergerakan harga. Ini dapat membantu trader dan investor dalam menetapkan bila masa yang sesuai untuk membeli atau menjual saham. Ada banyak jenis indikator dalam Technical Analysis, dan setiap indikator mempunyai kriteria dan cara kira yang berbeza.

Beberapa contoh indikator yang popular digunakan adalah:

  1. Moving Average (MA) : Moving average adalah purata harga saham dalam jangka waktu tertentu. Misalnya, moving average 50 hari menggambarkan purata bagi harga saham selama 50 hari terakhir. Moving average digunakan untuk menentukan arah trend dan level support dan resistance.
  2. Relative Strength Index (RSI) : RSI mengukur kekuatan dan kelemahan saham dengan membandingkan kenaikan harga dengan penurunan harga dalam jangka waktu tertentu. RSI biasanya digunakan untuk mengenalpasti overbought dan oversold pada pasaran.
  3. Bollinger Bands : Bollinger Bands adalah indikator yang mengukur volatiliti pasaran dan menunjukkan level support dan resistance. Bollinger Bands terdiri dari tiga garis: garis tengah adalah moving average, garis atas dan bawah adalah dua standard deviation dari moving average.
  4. Moving Average Convergence Divergence (MACD) : MACD mengukur beza antara dua moving average dengan jangka waktu yang berbeza. Indikator ini membantu trader dan investor untuk mengenalpasti perubahan trend dan momentum pasaran.

Indikator dapat digunakan secara ‘solo’ atau digabungkan untuk menghasilkan analisis yang lebih kuat. Namun, perlu diingat bahwa tidak ada indikator tunggal yang dapat memberikan signal yang 100% tepat.

5. Trading Plan

Setiap kali sebelum anda ingin membeli saham, anda perlu ada trading plan. Apa itu trading plan?

Trading plan ialah idea tempat untuk kita membeli (entry point, EP), dan menjual sama ada sekiranya trading plan kita berjaya, maka kita akan jual pada harga yang tinggi (target price, TP) atau sekiranya tidak berjaya, kita akan jual pada harga yang lebih rendah iaitu Cutloss Price (CL).

Kita boleh mengukur Trading plan yang baik dengan menggunkan Risk Reward Ratio (RRR). Sekiranya nisbah risk dan reward lebih dari 1.5 . Lebih tinggi reward, maka lebih baik. Jangan sesekali membeli saham sekiranya Risk melebihi Reward iaitu nisbahnya kurang daripada satu.

Contoh yang ditunjukkan pada gambar diatas adalah antara trading plan yang baik kerana mempunyai RRR 1.85

6. Automation

Automation merupakan selangkah lebih advance dalam ilmu technical analysis. Ini kerana ia memerlukan kemahiran tambahan seperti programming untuk mencari dan menganalisa pergerakan saham dengan lebih advance.

Dalam pasaran saham, automation merujuk kepada penggunaan teknologi untuk menjalankan beberapa atau semua proses perdagangan saham. Ini termasuk penggunaan algoritma dan program komputer untuk mengeluarkan arahan jual atau beli saham, menentukan harga, dan mengeksekusi perdagangan dengan cepat dan tanpa campur tangan manusia.

Secara mudah, automation boleh digunakan sebagai screener dan juga backtest.

Dengan ilmu yang kita ada, kita akan tetapkan beberapa screener yang mempunyai mungkin gabungan beberapa indikator yang ‘dirasakan’ merupakan screener yang berkesan. Namun, perkataan ‘dirasakan’ ini perlu dibuktikan dengan backtest.

Backtest ialah aktiviti melihat kembali berapa banyak kejayaan berbanding kegagalan yang telah screener yang kita hasilkan. Sekiranya ujian backtest menunjukkan lebih banyak kejayaan berbanding kegagalan, maka boleh kita katakan screener kita itu boleh digunapakai dan berkesan untuk mencari kaunter yang berpotensi.

Kesimpulan

Teknikal Analisis adalah kaedah yang digunakan untuk menganalisis prestasi saham dalam jangka masa panjang dan pendek. Ini termasuk menggunakan carta harga dan petunjuk teknikal untuk membantu trader dan pelabur membuat keputusan perdagangan yang tepat.

Walaupun teknikal analisis mempunyai kelebihan dan kelemahan, ia tetap menjadi alat yang penting dalam perdagangan saham dan digunakan oleh ramai pelabur yang berjaya. Oleh itu, jika anda berminat dalam perdagangan saham, anda harus mempertimbangkan untuk mempelajari teknikal analisis dan menggunakannya sebagai bahagian daripada strategi pelaburan anda.

Dengan 6 Pecahan Technical Analysis ini diharapkan lebih mudah untuk anda fahami gambaran keseluruhan berkaitan technical analysis.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts