Fitch Ratings, penurunan penarafan terhadap Malaysia.
Penurunan Penarafan oleh Fitch Ratings
Hai dan Assalamualaikum! Tuan-tuan dan puan-puan. Kali ini saya akan kongsi dengan anda semua mengenai sebuah badan iaitu Fitch Ratings.
Telah keluar satu berita dalam The Star newspaper yang mengatakan bahawa penurunan penarafan oleh Fitch Ratings tidak akan memberikan kesan kepada financial markets.
Haaa.. sebelum tu saya nak tanya..apa itu Fitch Ratings?
Untuk senang faham mengenai Fitch Ratings ni, analoginya ialah bila kita nie sebagai seorang individu yang ingin membuat loan, tak kisah lah loan kereta ke, loan rumah ke atau loan bank.
Bank mestilah akan terlebih dahulu semak latar belakang atau profile kita sebagai peminjam. Sebagai contoh, bank akan lihat apa pekerjaan kita, income kita macam mana. Adakah kita nie jatuh dalam kategori orang yang berisiko tinggi atau rendah.

CTOS & CCRIS
Haa.. tapi, korang tahu tak sebelum bank bagi pinjaman pada kita, dia akan rujuk badan-badan seperti CTOS & CCRIS. Dimana badan-badan ini akan beri rating pada kita.
Jadi… itu adalah analogi untuk kita, untuk orang ramai. Jika individu yang bermasalah mungkin agak sukar untuk bank memberi pinjaman.
Sebelum tu, apa itu CTOS & CCRIS nie?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda.
Dan secara ringkasnya, CTOS adalah kad laporan kredit anda.
CTOS memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penerbitan prosiding undang-undang, maklumat akhbar dan selainnya.
Laporan CTOS juga mengandungi status muflis individu, status kes, tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan dan lain-lain.
Issue Bond/ Sukuk
Jadi itu adalah untuk individu. Kalau untuk negara pulak macam mana ya??
Kalau negara nk issue bond atau sukuk macam mana pulak? bond ini mengenai hutang. Jadi bila negara nk issue bond, investor yang nak subsribed kepada bond tersebut atau berminat nak beli, dia kena tahu jugak sesuatu negara tu mcm mana dia punya ratings.
Negara ni bagus tak dia punya invest, ratings dia okey tak. Jadi, Fitch ni adalah satu badan antarabangsa yang bertanggunjgjawab untuk memberikan ratings pada sesuatu negara tersebut. Dimana ratings itu adalah kredit ratings bagi suatu negara
Adakah negara tu berpotensi untuk bankrup ke atau adakah negara itu financial dia bagus. Jadi rating-rating nie ada banyak faktor yang akan menentukan sama ada rating tu baik ataupun tidak
Sistem Fitch Ratings
Untuk Fitch Ratings nie sistem dia mengunakan abjad A pergi ke B dan sebagainya. Jika suatu negara itu negara yang bagus, dimana ekonomi okey, politik stabil, kewangan kukuh dan faktor-faktor lain yang Fitch akan buat kajian dan jika dia rasa negara ni berisiko rendah untuk default, negara itu akan dapat rating yang tinggi.
Begitu juga sebaliknya jika negara itu berisiko tinggi maka Fitch akan memberikan rating yang rendah.
Jadi, mengikut berita ni, Fitch telah jatuhkan ratings daripada A- jatuh kepada BBB+ terhadap negara kita, Malaysia.
Faktor-Faktor Fitch Jatuhkan Ratings
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Fitch menurunkan ratings, antaranya ialah sebab ketidakstabilan politik di negara Malaysia.
Kesan Fitch Rendahkan Ratings
Jadi apa kesannya bila ratings direndahkan??
Apabila ratings direndahkan, ratings daripada A- menjadi BBB+. Jadi kos untuk mendapatkan hutang akan jadi lebih tinggi sebenarnya. Jadi, jika kita nak berhutang dengan bank. Bank akan lihat kredit profile kita, adakah kita okey dari segi income atau tidak. Jika kita okey maka interest yang diberikan adalah rendah.
Jadi, jika ratings nya rendah, kemungkinan kos untuk keluarkan hutang itu lebih tinggi atau lebih mahal
Penurunan Penarafan Fitch Ratings Tidak Memberi Kesan Pada Financial Market
Berkata ahli ekonomi, walaupun berlaku penurunan penarafan oleh Fitch, namun impak penurunan penarafan kredit Malaysia oleh Fitch Ratings ini kepada ‘BBB+’ terhadap pasaran dan keyakinan pelabur dilihat terkawal memandangkan asas ekonomi negara masih utuh dan berada dalam landasan untuk pulih tahun depan.
Tambahan pula, “penarafan ‘BBB+’ ini masih dianggap gred pelaburan. Oleh itu, ada kemungkinan aktiviti jualan bakal berlaku juga dalam keadaan yang terkawal.
Selain itu, Malaysia mempunyai asas yang kukuh seperti permintaan agregat yang kini mencatatkan peningkatan, kestabilan tukaran asing dengan ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebanyak 8.6% sejak 23 Mac lalu serta kadar inflasi yang rendah dan mempunyai ruang untuk pelaksanaan dasar monetari.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga artikel kali ini memberikan info yang baru untuk anda.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.