filem trader

Filem Trader: 7 Filem Wajib Tonton

Filem Trader

Kerugian (loss) memang tidak boleh lari dari seorang Trader.

Apabila loss semestinya kita perlukan motivasi. Perlukan semangat. Sebagai contoh, ada orang pergi main bola, main golf untuk kurangkan stress dan kecewa loss tersebut.

Ada orang dengan baca buku dapat naikkan semangat kembali.

Ada orang suka tonton Movie untuk hilangkan stress. Bagi peminat movie, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan 7 filem trader yang patut anda tonton sekarang.

Filem 1: Wall street

filem trader
Filem ini tentang Bud FOX yang merupakan seorang Broker saham yang masih muda.

Beliau berimpian untuk bekerja dengan Gordon Gekko yang mana seorang Lejen Wall Street. Dengan semangat dan usaha yang kuat menghasilkan kejayaan.

Cerita ini mengambarkan realiti kehidupan seorang broker saham.

Filem 2: Margin Call

filem trader
Filem ‘Margin Call’ merupakan sebuah cerita dari Amerika pada tahun 2011 yang ditulis oleh J. C. Chandor.

Filem ini mengisahkan apa yang berlaku di Bank terbesar, Wall Street ketika berlakunya krisis kewangan 2007-2008.

Yang menariknya adalah tindakan yang dilakukan oleh sekelompok karyawan dalam filem ini selama krisis kewangan tersebut berlaku.
Cerita ini menampilkan pelakon Kevin Spacey, Paul Bettany, Jeremy Irons, Zachary Quinto dan ramai lagi.

Filem 3: Becoming Warren Buffet

filem trader
Filem ‘Becoming Warren Buffett’ mengisahkan kisah kehidupan sebenar seorang lelaki bernama Warren Buffett yang berusia 7 tahun telah mula membaca buku ‘Seribu Cara Menghasilkan USD1,000’.

Apabila dewasa, beliau mendapatkan duit tambahan hasil menjual Coca Cola dan surat khabar. Hari ini beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan yang terkaya di dunia dan sangat dikenali ramai.

‘Becoming Warren Buffett’ banyak menyampaikan kata-kata oleh Buffet sendiri bagaimana sejak pertama kali beliau menjadi pelabur sehingga menjadi pakar bisnes berjaya pada hari ini.

Filem 4: The Big Short

filem trader
‘The Big Short’ adalah filem berkaitan krisis ekonomi yang berlaku di Amerika pada tahun 2008.

Ianya menceritakan krisis kewangan yang mengakibatkan market crash dalam sektor perumahan.

Michael Burry salah seorang watak dalam filem ini sudah mengagak 2 tahun lebih awal sebelum krisis tersebut berlaku.

Filem ini dibintangi pelakon Brad Pitt, Cristian Bale, Ryan Gosling, Steve Carell dan ramai lagi.

5. Boiler room

filem trader
Filem ini dihasilkan pada tahun 2000. Ia menceritakan tentang seorang broker saham iaitu Seth David yang tersilap langkah bekerja dengan sebuah broker yang tidak di iktiraf oleh SEC (Security and Exchange Commision) di US.

Selain itu, kita boleh lihat tentang konsep pump & dump yang ditunjukkan dalam filem ini.

Pengajaran dalam filem ini kita perlulah peka dalam memilih broker dan mengelakkan dari ditipu oleh Broker yang tidak diiktiraf.

6. Inside job

Filem dokumentari yang menceritakan krisis pada tahun 2008 yang berlaku di Amerika syarikat.

Dalam ini diceritakan tentang siapa tangan-tangan yang bertanggungjawab dengan krisis 2008 tersebut.

7. ‘The Crooked E: The Unshredded Truth About Enron’

Menceritakan kisah kebankrapan sebuah syarikat terbesar di Amerika Syarikat, Enron Corporation.

Syarikat ini jatuh disebabkan oleh hutang yang teruk. Keadaan bertambah buruk apabila hutang tersebut disembunyikan kepada pemegang sahamnya dengan penipuan oleh perakaunan.

Filem ini dibintangi oleh Christian Kane, Shannon Elizabeth, Mike Farrell dan Brian Dennehy.

Kesimpulan

Kesemua filem trader ini membawa pengajaran dan idea yang sangat menarik berkaitan dengan ekonomi dan kewangan.

Tidak rugi jika anda menonton filem-filem trader ini. Lebih-lebih lagi jika anda sangat minat mengikuti isu-isu semasa dalam dunia pelaburan atau kewangan.

Di sini juga saya sertakan video untuk tontonan anda. Semoga bermnafaat.

Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance boleh daftar CDS bersama saya.

Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga Bermanfaat.

Similar Posts