|

FGV dijangka terima pampasan antara RM3.5B dan RM4.3B

FGV- Penamatan LLA ( Perjanjian Pajakan Tanah )

Sektor plantation amat penting buat pengguna di seluruh negara. Keperluan minyak sawit ibarat “ikan yang memerlukan air” buat kita semua. Artikel kali ini saya akan share dengan anda semua mengenai salah satu syarikat plantation iaitu FGV.

 

FGV Holdings Bhd, antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia mengalami situasi sukar berikutan langkah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan kumpulan itu.

 

Syarikat itu berkata ia masih belum menerima apa-apa notis bertulis daripada  (FELDA) mengenai penamatan LLA itu. Walau bagaimanapun, perniagaan dan operasi syarikat ini telah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

 

Selepas menerima notis rasmi daripada FELDA seperti yang disyaratkan berdasarkan LLA itu, pihaknya akan mengikut prosedur yang telah digariskan dalam LLA untuk memulakan proses penamatan dan menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepadanya

Perkara ini akan mengambil masa selama 18 bulan untuk diselesaikan.

 

 

FGV
Kredit Gambar: The Edge Market

 

 

 

Sebelum saya pergi lebih jauh. Anda sudah kenal dengan syarikat plantation ini? Jika belum, jom kita baca sikit mengenai syarikat ini.

Syarikat ini adalah salah satu pengeluar minyak sawit mentah (CPO) terbesar di dunia, ia menyumbang kira-kira 15% daripada jumlah pengeluaran tahunan CPO Malaysia.

Ia telah beroperasi di 9 buah negara di seluruh Asia, Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah.

Berikut gambar di bawah adalah corporate information syarikat FGV Holdings Bhd. Anda boleh terus membuat kajian mengenai syarikat ini di MalaysiaStock.Biz

 

 

FGV
Kredit Gambar: MalaysiaStock.Biz

 

 

 

Pampasan RM3.5 billion hingga RM4.3 billion

 

Berikutan penamatan LLA daripada FELDA, terdapat sejumlah pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat ini.

Jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepadanya adalah RM3.5 billion hingga RM4.3 billion berdasarkan penilaian dalaman yang akan berbeza bergantung kepada prestasi kewangan FGV bagi tahun 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain.

 

LLA berkenaan merujuk kepada ladang-ladang milik FELDA seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun bermula 1 November 2011.

 

Berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi kenyataannya:

“Penamatan LLA dan cadangan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion untuk melaksanakan pelan pemulihan merupakan antara cadangan yang telah diluluskan oleh Kabinet”.

 

 

FGV
Kredit Gambar: The Edge Market

 

 

Strategi Jangka Panjang FGV

 

Susulan penamatan LLA, FGV berkata strategi jangka panjang keseluruhan untuknya terus berkembang dan mengukuhkan aktiviti perniagaan bernilai tinggi.

Tumpuan terhadap makanan dan produk pengguna berjenama tetap utuh dan berpotensi bagi memberikan pulangan dijangkakan lebih tinggi kepada pemegang saham.

Tambahan pula, prestasi saham FGV terus stabil walaupun Amerika Syarikat (AS) menyekat produknya pada masa ini.

Ia turut memberi jaminan bahawa rantaian bekalan ladang FGV tetap utuh.

Hal ini kerana, ladang-ladang di bawah LLA hanya mewakili 30 peratus Tandan Buah Segar (TBS) yang diproses di 68 kilang kelapa sawit FGV.

Oleh kerana lokasi kilang kelapa sawit yang berdekatan dengan ladang-ladang LLA, mereka tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada susunan bekalan TBS sekarang.

 

 

Kesimpulan

 

Berkata FGV:

“Rantaian nilai bersepadu perladangan FGV yang selebihnya dalam perniagaan pertengahan dan hiliran akan kekal tidak terganggu dengan penamatan LLA”.

FGV akan sentiasa melindungi kepentingan para pemegang saham.

Tambahan pula, FGV akan membuat pengumuman yang sewajarnya pada waktu yang sesuai sekiranya berlaku perkembangan mengenai perkara ini.

 

Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda semua.!

 

 

_________________________________________________________________________________________

 

 

Berminat untuk bermain saham? Tapi tidak mempunyai modal yang mencukupi? Rasa tidak layak bermain saham?

Salah tu! Ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.

Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!

Sertai kami SEKARANG !!

https://www.mahersaham.com/

 

 

Similar Posts