eRights Bursa Anywhere – Subscribe Right Issue Online

Aplikasi Bursa Anywhere telah menawarkan perkhidmatan baru eRights bagi pendeposit memohon dan membuat pembayaran Right Issue Share secara elektronik.

Dengan kemudahan eRights ini, borang langganan fizikal (subscription) tidak perlu dihantar ke pejabat pos atau pihak bank untuk pengurusan.

Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa mengatakan features baru eRight Bursa Anywhere ini dapat mengurangkan risiko borang hilang atau penghantaran pos yang tertangguh.

 

Cara Mohon eRight Bursa Anywhere

Pertama Login ke App Bursa Anywhere. Klik pada >> My Service >> Pilih Corporate Action

eRights-Bursa-Anywhere

Pilih Corporate Action >> eRights

eRight-Bursa-Anywhere

Pilih Submit Application

eRights-Bursa-Anywhere

Klik Agree pada Terms & Conditions

Sebagai contoh, saham EASTLND menawarkan Right Issue (EASTLND-OR). Jadi pilih jenis subscription dan bilangan unit saham OR yang hendak di subscribe.

 

Bagaimana untuk tahu Permohonan eRights Berjaya dihantar?

Subscription eRight anda berjaya dihantar melalui Aplikasi Bursa Anywhere apabila:

  1. Anda telah berjaya membuat bayaran penuh subscription secara FPX – akaun bank anda yang didaftarkan dalam CDS
  2. Menerima email yang menunjukkan permohonan subscription telah dihantar kepada Issuer atau Share Registrar.

 

Mengapa permohonan eRights ditolak sebelum tarikh tutup subscription walaupun pembayaran FPX saya telah berjaya?

Selain isu teknikal atau sistem, subscription anda boleh ditolak jika anda tidak membuat bayaran daripada akaun bank yang telah didaftarkan dalam CDS anda (eDividen Bursa Depository).

 

Bolehkah membuat pembatalan atau semakan subscription selepas memohon eRights?

Jika ingin menyemak atau membatalkan subscription selepas Berjaya mohon di Bursa Anywhere, anda perlu hubungi terus pihak Share Registrar.

 

Siapa yang harus di hubungi untuk mendapatkan Refund bagi peruntukan Right Issue?

Anda boleh hubungi Issuer atau Share Registrar untuk sebarang permintaan bayaran bayaran yang berkaitan dengan peruntukan Right Issue.

 

Salinan Prospektus saya hilang, bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai Right Issue?

Anda boleh minta salinan bercetak baru daripada pihak Issuer atau Share Registrar. Atau anda juga boleh lihat di website Bursa Malaysia bahagian Corporate Announcements.

 

Kesimpulan

Jika memiliki saham yang ada tawarkan Right Issue, jika anda berminat boleh subscribe Right Issue tersebut melalui Bursa Anywhere sahaja.

Tidak perlu lagi hantar dokumen atau buat pembayaran di pejabat pos atau bank.

Cara borang fizikal ini sebenarnya proses mengambil masa lebih lama berbanding memohon secara Online.

Cara daftar Aplikasi Bursa Anywhere boleh rujuk di Aplikasi Bursa Anywhere.

Jika belum ada akaun CDS boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts