Equity Crowdfunding (ECF) – Pernah Dengar Ke?
Equity Crowdfunding (ECF) ini Apa?
Untuk mengembangkan sesuatu bisnes ia memerlukan modal. Modal boleh didapati dalam pelbagai cara.
Selalu orang sebut OPM – other people money. Betul. Itu salah satu cara untuk dapatkan modal.
Jadi artikel kali ini saya nak bercerita berkaitan ECF.
ECF adalah Equity Crowfunding . Ecf merupakan salah satu cara pemilik bisnes mendapatkan dana secara online daripada seluruh rakyat Malaysia yang ingin menjadi pelabur (investor) kepada syarikat tersebut.
Dalam bahasa mudah semua orang boleh melabur dalam sesebuah syarikat dengan syarat perlu adanya modal.
Tunggu. Tetapi tidak perlu ada akaun CDS pun untuk melabur di ECF.
Aikk? Mesti pening kan?
Okay. ECF ini mengetengahkan syarikat-syarikat yang baru nak berkembang, dimana belum ke IPO atau listing di Bursa Malaysia lagi. Itu bezanya.
Komponen Dalam Equity Crowdfunding
EFC terdapat 3 kompenan utama iaitu Owner syarikat, pemilik platform ECF dan pelabur.
Pemilik platform dipanggil sebagai ‘market operators‘.
Mereka ini mestilah mendapat kelulusan dari Security Commision, SC dahulu. Apa jua pelaburan pastikan rujuk dengan SC.
Di website SC terdapat 10 platform atau senarai market operator yang ada. Antaranya adalah:
- Leet Capital Sdn Bhd
- Ata Plus Sdn Bhd
- Crowdo Malaysia Sdn Bhd
- Ethis Ventures Sdn Bhd
- Eureeca SEA Sdn Bhd
- FBM Crowdtech Sdn Bhd
- Fundnel Technologies Sdn Bhd
- MyStartr Sdn Bhd
- Pitch Platforms Sdn Bhd
- Crowdplus Sdn Bhd
Pastikan anda hanya melabur dalam syarikat-syarikat yang sah dibawah SC ini sahaja ya. Yang tiada dalam SC abaikan.
Siapa Yang Boleh Melabur di Equity Crowdfunding?
Terdapat 3 jenis pelabur
- Retail Investor – yang mana dia bukan angel investor atau sophisticated investor
- Angles investor – individu yang
1. Membayar cukai di Malaysia
2. Net personal asset melebihi rm3 juta atau sama nilai dengan mata wang asing
3. Gross total annual income tidak kurang dari RM180,000
4. Jika joint nama Bersama pasangan, gross total annual income melebihi RM250,000 dalam tempoh 12 bulan sebelumnya. - Sophisticated investor

Siapa yang boleh Kumpul Modal di Equity Crowdfunding?
Hanya syarikat swasta tempatan dan limited liability partnership yang dibenarkan host dalam platform ECF sebagai issuer.
Berapa modal untuk melabur?
Modal berdasarkan issuer tersebut. Ada minimun RM1800, ada RM2400.
Anda perlu klik pada senarai platform yang telah disenaraikan tadi dan daftar.
Selepas daftar anda akan didedahkan dengan syarikat-syarikat yang memerlukan dana.
Segala info tentang syarikat boleh baca disitu.
Sebagai pelabur, sebelum anda berminat dengan mana-mana syarikat, baca business info, pitch info dan financial tentang syarikat tersebut.
Segala keputusan untuk melabur adalah di tangan anda.
Kesimpulan
Jadi ECF membuka peluang untuk pelabur runcit melabur dengan modal yang rendah dalam sesebuah syarikat yang mungkin boleh berkembang lebih tinggi.
Jika syarikat anda melabur tersebut berjaya berkembang, anda juga yang akan menerima pulangan.
Nak belajar lebih banyak perkongsian menarik dalam dunia pelaburan atau kewangan dari Zero sehingga Advance secara Percuma boleh daftar dulu CDS bersama saya.
Anda juga boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Semoga Bermanfaat.