Elemen Penting Dalam Analisis Kewangan: Ekuiti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

World smile day lettering with happy face Free Vector

Apa khabar anda hari ini??

Harapnya sihat wal afiat dan bersemangat untuk belajar sesuatu hari ini.

Doakan team Mahersaham agar dipermudahkan urusan untuk kami berkongsi ilmu saham kepada anda semua.

Jangan lupa tonton video asas saham yang disediakan oleh Mahersaham.

Semoga bermanfaat!

Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan bagi siri seterusnya.

Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.

Part 2 pula saya terangkan secara details tentang elemen aset.

Siri 3 saya terangkan secara details tentang elemen liabiliti.

Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang ketiga iaitu ekuiti.

Apa Itu Ekuiti?

Bahasa mudahnya ekuiti (Equity) adalah milik bersih shareholder.

Menurut investopedia ekuiti biasanya disebut sebagai ekuiti pemegang saham (atau ekuiti pemilik untuk syarikat milik persendirian)

Ia mewakili jumlah wang yang akan dikembalikan kepada pemegang saham syarikat jika kesemua aset dicairkan dan semua hutang syarikat telah dibayar dalam kes pembubaran.

Formulanya E (Equity) =A (Asset) – L (Liability).

Istilah Dalam Ekuiti

  • Capital
  • Additional paid in capital (exercise warrant, right issues)
  • Retained earnings ( profit after tax and minority interest)
  • Other comprehensive income
  • Minority interest

Capital

Sebagai contoh Syarikat DEF Sdn Bhd hendak ditubuhkan maka ia memerlukan modal permulaan untuk establish.

Additional Paid in Capital

Kita ambil contoh Syarikat DEF hendak disenaraikan dalam bursa Malaysia, maka modal (capital) pada waktu itu adalah IPO.

Kemudian Additional Paid in Capital adalah apabila berlakunya corporate exercise seperti right issue dan juga berlakunya exercise warrant untuk menambah modal kepada syarikat.

Retained earnings

Ia selalunya berlaku setelah cukai (profit after tax and minority interest).

Sesuatu syarikat akan buat sales atau revenue setiap tahun.

Antara pengiraan yang terlibat adalah penolakan perbelanjaan, pembelian inventori dan pembayaran gaji pekerja serta pembayaran cukai.

Setelah penolakkan semua, baki tersebut adalah keuntungan yang dimiliki oleh syarikat .

Jika di ambil kira keuntungan dari sudut owner’s equity, itu yang dikatakan milik pemegang-pemegang saham.

Owner’s equity ini dikatakan sekiranya syarikat untung maka value shareholder semakin bertambah.

Namun sekiranya syarikat rugi maka value shareholders pun berkurangan.

Other Comprehensive Income

Selain keuntungan daripada main operation, ada juga keuntungan yang datang daripada pelaburan-pelaburan yang lain.

Keuntungan tersebut juga akan di tambah dalam owners equity.

Kesimpulan

Penting untuk kita ketahui bahawa dalam ekuiti, keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik manakala kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts