Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Revenue

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haiiiiiiiiiii semua, apa khabar anda hari ini??

Round yellow emoticon in happy moods swing isolated on red background Free Vector

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Anda dah bersedia untuk teruskan siri dalam analisa kewangan?

Sebelum itu, doakan kami, team Mahersaham agar sentiasa dipermudahkan urusan dalam berkongsi ilmu saham.

Sekiranya anda masih baru dalam dunia saham, pastikan nonton video asas saham yang disediakan oleh Mahersaham.

Tidak perlu sebarang bayaran untuk access kepada video asas ini.

Team Mahersaham sediakan khas untuk anda.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan bagi siri seterusnya.

Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.

Part 2 pula saya terangkan secara details tentang elemen aset.

Siri 3 dan 4 saya terangkan secara details tentang elemen liabiliti dan element ekuiti.

Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang keempat iaitu hasil jualan atau pendapatan syarikat (revenue).

Apa Itu Revenue?

Revenue adalah income atau pendapatan sesebuah syarikat hasil daripada operasi perniagaan.

Bahasa mudahnya adalah duit yang masuk dalam akaun syarikat.

Ia termasuk potongan harga untuk sesuatu produk dan barang yang dikembalikan.

Revenue merupakan pendapatan kasar bagi sesebuah syarikat.

Istilah Dalam Revenue

Antara istilah yang kita kena ambil tahu adalah;

  • Revenue sales
  • Gains
  • Investment income (e.g. interest/ dividend)

Revenue sales

Formula untuk revenue sales adalah;

Revenue sales = harga jualan x jumlah unit produk.

Gains

Di dalam perakaunan, gains (keuntungan) merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan sampingan bukan daripada operasi perniagaan yang utama dalam sesebuah syarikat.

Sebagai contoh penjualan aset lama atau aset yang tidak lagi digunakan oleh sesebuah syarikat.

Apabila penjualan aset tersebut mendapatkan nilai yang lebih tinggi daripada yang dianggarkan sebelumnya maka itu adalah gains.

Investment income

Pendapatan pelaburan (investment income) merupakan wang yang diterima dalam pembayaran faedah atau dividen.

Kesimpulan

Revenue merupakan pendapatan kasar sesebuah syarikat.

Boleh jadi Syarikat ABC mempunyai pendapatan yang sangat banyak namun tidak mempunyai keuntungan disebabkan banyaknya tanggungan atau hutang yang perlu dijelaskan.

Begitu juga boleh jadi Syarikat DEF mempunyai keuntungan yang banyak walaupun pendapatan agak kurang dibandingakn dengan Syarikat ABC disebabkan nilai tanggungan atau hutang lebih rendah.

Oleh itu, sebagai seorang pelabur yang bijak semua faktor ini penting untuk kita kaji, terutama kepada pelabur jangka masa panjang atau mesra dipanggil sebagai investor.

GOLDEN CIRCLE KHAS UNTUK STUDENT MAHERSAHAM

Semoga bermanfaat!

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts