Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Liabiliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Apa khabar semua?

Liabiliti

Harapnya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Sekiranya anda masih baru dalam dunia saham, pastikan dah baca ebook PERCUMA yang disediakan oleh Mahersaham.

Doakan team Mahersaham agar dipermudahkan urusan dalam menyampaikan ilmu saham.

Semoga bermanfaat!


Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan.

Sebelum ini saya telah terangkan elemen penting yang pertama iaitu aset.

Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang kedua iaitu liabiliti.

Apa itu Liabiliti?

Liabiliti (Liability) dalam bahasa mudah kita sebut sebagai hutang.

Ia wujud disebabkan transaksi pembelian barangan secara kredit.

Maknanya kita dapat barang/produk/servis dahulu sebelum membayarnya.

Istilah Dalam Liabiliti

Istilah ini mungkin baru bagi sesetengah pembaca.

Jom kita merungkainya.

  • Accounts payable (refund), trade payable (credit)
  • Provisions or accrued liabilities
  • Financial liabilities
  • Current and deferred tax liabilities
  • Unearned revenue (duit dah dapat, tapi revenue/sales belum dikira)

Accounts payable

Merujuk kepada hutang perniagaan sesebuah syarikat kepada penjual atau supplier kerana memberikan barang atau perkhidmatan kepada anda secara kredit.

Merupakan hutang yang perlu kita bayar dalam tempoh masa yang sekejap dan termasuk dalam liabiliti semasa.

Ia mungkin juga duit customers yang di refund.

Maka duit tersebut termasuk di dalam accounts payable.

Provisions or Accrued Liabilities

Menurut investopedia, accrued liabilities adalah perbelanjaan yang ditanggung oleh perniagaan tetapi belum dibayar.

Sebuah syarikat boleh mengumpulkan liabiliti untuk sejumlah kewajiban, dan accrued liabilities dicatat sebagai liabiliti jangka pendek atau jangka panjang pada kunci kira-kira syarikat.

Financial Liabilities

Hutang sesebuah syarikat kepada certain institusi kewangan seperti bank.

Current and Deferred Tax Liabilities

A deferred tax liability (tanggungjawab cukai tertangguh) adalah adalah cukai yang dinilai atau perlu dibayar untuk tempoh semasa tetapi belum dibayar menurut investopedia.

Contohnya, setiap bulan syarikat ABC bayar tax RM 1000 selama setahun, maka total tax yang di bayar setahun adalah RM12,000.

Tetapi apabila syarikat tersebut semak rupanya kena bayar RM 30, 000. Apa yang terjadi adalah syarikat ABC berhutang pula dengan lembaga hasil dalam negeri (LHDN) sebanyak RM18, 000 lagi.

RM 18, 000 itu digelar sebagai current and deferred tax liability.

Unearned Revenue

Situasi yang berlaku adalah apabila Syarikat ABC sudah pun terima duit pelanggan tetapi produk atau servis belum sampai kepada pelanggan terbabit.

Maka apa yang terjadi adalah sales atau revenue belum dikira lagi.

Oleh itu Unearned Revenue termasuk di dalam liabiliti.

Kesimpulan

Istilah baru ini mungkin agak berat untuk difahami bagi mereka yang baru belajar bidang kewangan.

Tak apa, belajar sedikit demi sedikit dan fahami satu persatu.

Tidak perlu terburu-buru untuk memahaminya.

Sama seperti belajar saham.

Belajar memerlukan masa.

Semoga bermanfaat!

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.


Similar Posts