Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Expenses
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haiiiiiiiiiii semua, apa khabar anda hari ini??

Pastikan anda sudah senyum hari ini ๐ .
Anda dah bersedia untuk teruskan siri dalam analisa kewangan?
Sebelum itu, doakan kami, team Mahersaham agar sentiasa dipermudahkan urusan dalam berkongsi ilmu saham.
Sekiranya anda masih baru dalam dunia saham, pastikan nonton video asas saham yang disediakan oleh Mahersaham.
Tidak perlu sebarang bayaran untuk access kepada video asas ini.
Team Mahersaham sediakan khas untuk anda.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting yang terakhir dalam analisa kewangan.
Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.
Part 2 dan 3 pula saya terangkan secara details tentang elemen aset dan liabiliti
Siri 4 dan 5 saya terangkan secara details tentang elemen ekuiti dan element revenue.
Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang terakhir iaitu expenses.
Apa Itu Expenses?
Perbelanjaan (expenses) adalah kos yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk operasi dalam menghasilkan jualan.
Mudah cerita ia adalah segala perbelanjaan bagi sesebuah syarikat.
Juga dikenali sebagai โduit yang keluarโ.
Istilah dalam Expenses
- Cost of goods sold
- Selling, general and administrative expenses (SG&A) – rent, utilities,
salaries, advertising) - Interest expense
- Tax expenses
- Losses
Cost of Goods Sold
Merujuk kepada kos untuk menghasilkan produk/ servis oleh sesebuah syarikat.
Kos ini termasuk kos bahan (materials) dan tenaga yang digunakan (labors) dalam menghasilkan servis/produk tersebut.
Apa berlaku sekiranya kos ini tidak wujud?
Kalau kos ini tiada maka syarikat tak boleh jual barang / servis tersebut.
Alamakkkk macam mana boleh jadi macam tu?
Sebagai contoh, Mahersaham menjual produk starterpack dan pelanggan bayar untuk dapatkan USB pendrive.
Inventori = USB pendrive
Untuk hantar kepada pelanggan antara yang diperlukan;
- Bungkusan (packaging)
- Kurier (deliver kepada pelanggan)
Sekiranya kedua di atas tidak ada, confirm produk tersebut tak akan sampai kepada pelanggan dan secara langsung produk tidak dapat dijual.
Selling, General and Administrative Expenses (SG&A)
Kos ini bebbeza dengan kos untuk menghasilkan produk/ servis.
Ia adalah kos untuk;
- Sewa bangunan
- Bil api air (utilities)
- Gaji pekerja
- Pengiklanan
Interest Expense
Faedah perbelanjaan adalah kos yang ditanggung oleh sesebuah syarikat untuk dana yang dipinjam
Tax expenses
Menurut website investopedia tax expenses adalah liabiliti kepada kerajaan persekutuan/negeri dalam jangka masa tertentu yang biasanya selama setahun.
Kesimpulan
Alhamdulillah dengan berakhirnya penerangan elemen expenses maka cukup sudah 5 elemen yang diterangkan.
Kepada yang tertinggal dari awal boleh baca elemen penting dalam analisa kewangan bagi aset, liabiliti, ekuiti, dan revenue.
Semoga bermanfaat!
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.