Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Aset
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Semoga korang semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Doakan juga agar team Mahersaham dipermudahkan urusan agar mudah bagi kami berkongsi ilmu saham kepada anda semua.
Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan bagi part 2.
Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.
Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang pertama iaitu aset.
Apa itu Aset?
Aset (asset) merupakan wang tunai dan harta benda seperti tanah, rumah dan bangunan yang dimiliki oleh seseorang, sesebuah syarikat atau pertubuhan.
Ia adalah harta bernilai yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan agar mendapat income kepada perniagaan tersebut.
Istilah Dalam Aset
Terdapat beberapa istilah yang diguna pakai dalam analisa kewangan.
Sudah pasti istilah ini kurang familiar kepada mereka yang tidak belajar bidang accounting.
Jadi kepada mereka yang tidak belajar bidang accounting tetapi ingin melakukan analisa kewangan sebelum melabur dalam sesuatu syarikat, jom ramai-ramai kita belajar hari ini.
- Cash
- Cash equivalents
- Accounts receivable
- Trade receivable
- Prepaid expenses
- Inventory
- Property
- Plant
- Equipment
Cash & Cash equivalents
Semua pasti sudah tahu cash adalah wang tunai.
Tetapi apa pulak yang di maksudkan dengan cash equivalents?
Cash equivalents adalah benda yang hampir sama dengan nilai wang tunai.
Korang rasa apa tu?
Sesebuah syarikat ada duit lebihan maka duit tersebut akan di letakkan dalam marketable securities ataupun dalam money market.
Apa marketable securities dan money market ni?
Ia adalah aset yang dapat dicairkan menjadi tunai dengan cepat.
Lebih kepada nak simpan duit lebihan dalam satu tempat namun bila syarikat perlukan duit tersebut maka mereka akan keluarkan semula.
Main point adalah tak susah nak keluarkan semula duit yang disimpan.
Accounts receivable
Ia adalah akaun aset pada kunci kira-kira yang mewakili wang yang perlu dibayar kepada syarikat dalam jangka pendek.
Bagaimana ia berlaku?
Apabila syarikat membenarkan pembeli membeli barang atau perkhidmatan mereka secara kredit.
Contohnya, seorang pelanggan membeli produk daripada Syarikat ABC menggunakan kad kredit.
Walaupun pelanggan tersebut sudah mendapatkan produk tetapi dia belum membayarnya.
Maka bayaran atau duit pelanggan tadi akan masuk dalam accounts receivable.
Trade receivable
Ringkasnya adalah jumlah keseluruhan yang telah ditagih (billed) syarikat kepada pelanggan untuk barang dan perkhidmatan yang telah mereka berikan tetapi belum menerima pembayaran.
Prepaid expenses
Ia adalah jenis aset yang dihasilkan daripada perniagaan yang membuat pembayaran awal untuk barang atau perkhidmatan yang akan diterima pada masa akan datang.
Selagi kita belum terima barang atau perkhidmatan maka duit deposit (pembayaran awal) adalah milik kita.
Inventory
Stok barang sesuatu syarikat.
Sebagai contoh syarikat Maher Niaga ada menjual beberapa produk Merchandise Mahersaham maka produk yang belum terjual adalah inventory syarikat tersebut.
Dapatkan Merchandise Mahersaham secara online di shoppe.
Property, Plant & Equipment
Ia merupakan aset jangka masa panjang (long term asset).
Contohnya mesin yang digunakan.
Ada mesin yang mempunyai jangka hayat (lifespan) sehingga 5-7 tahun.
Kesimpulan
Aset sangat penting untuk mendapatkan income atau sales (generate revenue).
Selain itu ia juga mampu memudahkan urusan perniagaan sesebuah syarikat.
Sebagai seorang trader dan investor sangat penting untuk anda ketahui mengenai syarikat sebelum hendak melabur dalam sesuatu syarikat, maka aset juga infomasi penting untuk diambil kira.
Semoga entri kali ini bermanfaat!
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.