bandar kuala lumpur
| |

Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.9% Suku Kedua 2019

Perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia pada suku kedua 2019

Pada 16 Ogos yang lalu, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan laporan mengenai perkembangan ekonomi Malaysia dan kewangan pada suku kedua 2019.

Antara sorotan utama bagi kandungan laporan tersebut ialah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Products (GDP) meningkat sebanyak 4.9%.

Pada suku tahun pertama 2019, KDNK Malaysia mencatatkan perkembangan sebanyak 4.5% dan kini meningkat kepada 4.9% pada suku kedua.

Meskipun berdepan dengan persekitaran yang mencabar, ekonomi Malaysia dilihat berdaya tahan ketika ketidaktentuan ekonomi dunia.

Faktor penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi

Menurut Bank Negara Malaysia, peningkatan ini adalah disebabkan faktor pengembangan secara berterusan dalam permintaan domestik bagi semua sektor ekonomi.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia ialah perbelanjaan sektor swasta yang meningkat, pemulihan dalam pengeluaran gas asli memacu pertumbuhan positif sektor perlombongan.

Bank Negara Malaysia berkata, peningkatan ini adalah didorong oleh perbelanjaan isi rumah serta pelaburan swasta yang lebih tinggi.

Sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai pemacu utama bagi pertumbuhan ekonomi.

Kadar inflasi pada suku kedua 2019

Impak daripada luputnya kesan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), inflasi keseluruhan secara puratanya adalah lebih tinggi pada 0.6% daripada -0.3% pada suku pertama.

Inflasi teras, yang tidak mengambil kira kesan daripada perubahan dasar cukai penggunaan adalah tidak berubah iaitu pada 1.6%.

Perkembangan kadar pertukaran pada suku kedua 2019

Pada suku kedua 2019, ringgit menyusut sebanyak 1.5% jika dibandingkan dengan AS Dollar.

Hal ini disebabkan oleh penjualan dana asing bagi saham tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM1.04 bilion.

Penjualan itu merupakan aliran keluar bersih dana asing mingguan terbesar dalam tempoh 12 minggu.

Beberapa faktor yang mendorong pelabur asing membawa keluar dana dari Malaysia.

Antaranya ialah sentimen global iaitu ketegangan dua negara iaitu China dan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat masih belum menjumpai penghujungnya.

Pemotongan kadar faedah yang bertujuan mengimbangi risiko ekonomi telah diumumkan oleh bank-bank pusat di Asia Pasifik termasuk New Zealand, India dan Thailand meningkatkan lagi pengaliran keluar bersih asing.

Ketidaktentuan ini telah membuatkan para pelabur kurang keyakinan dengan pasaran serantau kerana aliran keluar bersih asing di Malaysia adalah sejajar dengan bursa serantau lain.

Faktor global sangat memberi kesan kepada ringgit serta pergerakan mata wang serantau.

Status Pembiayaan

Secara keseluruhannya, aktiviti pembiayaan adalah konsisten dengan keadaan semasa ekonomi yang sedang berkembang.

Terdapat permintaan untuk pembiayaan memberi petunjuk dengan permohonan pinjaman yang tinggi pada suku tersebut.

Pengeluaran pembiayaan meliputi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) dan pembiayaan perumahan dimana ianya terus menyokong perkembangan ekonomi negara.

Kesimpulan

Bank Negara menjangka ekonomi Malaysia akan tumbuh sekitar 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini.

Memetik ucapan yang diberikan oleh Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, pertumbuhan ekonomi negara boleh meningkat lebih dari 4 peratus sekiranya wujud faktor pendorong.

Pertama, jika perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat menemui jalan penyelesaian.

Kedua, inflasi yang rendah boleh menolak naik pertumbuhan ekonomi negara.

Similar Posts