Econframe BHD- Saham melonjak sebanyak 55% semasa debut
Econframe Bhd- Kemasukan ACE Market yang kukuh, melonjak 55% semasa debut
Jika isu semasa pada tarikh 26 Oktober hangat diperkatakan mengenai syarikat MR DIY yang telah listing dalam Bursa Malaysia. Manakala, pada hari ini 27 Oktober kita ada satu lagi syarikat yang telah listing dalam Bursa Malaysia. Iaitu syarikat Econframe Bhd.
Anda boleh lihat artikel saya mengenai IPO Econframe sebelum ini yang telah mengalami oversubscribed sebanyak 40.23 kali. Pada artikel itu saya telah terangkan dengan lebih jelas mengenai IPO syarikat ini.
Artikel kali ini saya ingin kupas dengan lebih lanjut mengenai syarikat Econframe yang telah listing dalam Bursa Malaysia.
Adakah anda salah seorang kepada pemegang syarikat ini?

Tahniah!
Jika anda salah seorang sebahagian dari pemegang saham syarikat ini.
Walaupun dikatakan ekonomi pada hari ini dan semalam agak merudum jatuh akibat daripada pandemik COVID-19. Namun, syarikat MR DIY dan Econframe ini telah mencatatkan harga saham yang baik.
Informasi Econframe Bhd

Berikut adalah corporate information syarikat Econframe Bhd untuk rujukan anda
Penawaran Awal Awam Initial Public Offering (IPO) RM 0.28 SEN
Syarikat Econframe Bhd telah membuat kemunculan sulungnya dalam Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga sahamnya telah meningkat sebanyak 15.5 sen atau 55.36% kepada 43.5 sen dari harga awam awal nya (IPO)
Pada tarikh 27 Oktober, pukul 10 pagi kaunter ini telah mengalami kenaikan kepada 37.5 sen, naik 9.5 sen atau 33.93%.
Sebanyak 240.42 juta saham telah diniagakan, menjadikannya kaunter paling aktif di Bursa Malaysia pada pagi ini.

Berikut adalah technical chart kenaikan saham Econframe Bhd yang anda dapat lihat dan buat kajian. Jika anda ingin melihat dan membuat kajian dengan lebih mendalam mengenai kaunter ini anda boleh pergi ke laman web MalaysiaStock.Biz
Okey, pada pendapat anda adakah syarikat ini boleh pergi lebih jauh? Jom kita lihat apa yang dikatakan oleh CEO syarikat ini!
Menurut Lim Chin Horng:
“Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2001 dan sejak itu ia telah membangun dengan sebuah perniagaan yang berdaya tahan dan asas yang kuat serta kukuh”.
Dia mengatakan syarikatnya telah terkenal secara meluas dan diterima baik oleh pelbagai pemaju hartanah yang terkenal di Malaysia.
“Berdasarkan rekod prestasi dan portfolio pelanggan kami yang ramai, kami yakin kami akan terus maju jika kami membuka perniagaan ini kepada pemaju yang baru” – Lim Cin Horng.
Terdapat beberapa pelanggan terkenal Econframe Bhd termasuk :
- Aset Kayamas
- EcoWorld
- Gamuda
- IJM Land
- IOI Properties
- LBS Bina
- Mah Sing
- Matrix Concepts
- Sime Darby
- S P Setia.
Lim berkongsi lagi bahawa syarikat itu telah mendapat order pembelian sebanyak RM47 juta, ini akan membuatkan syarikat itu “sibuk” sehingga akhir tahun (2021)
Econframe mencatatkan keuntungan bersih RM5.34 juta pada Tahun Kewangan 2020

Berikut adalah balloting result bagi syarikat Econframe Bhd.
Econframe Bhd merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM5.34 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2020.
Selain itu, Econframe Bhd telah menerima 11.827 permohonan pada awal bulan ini untuk 670.02 juta saham baru dengan nilai keseluruhan RM187.60 juta.
Di bawah pelaksanaan penyenaraian hari ini, syarikat ini berhasrat mengumpulkan kira-kira RM18.2 juta.
Dari jumlah dana yang dikumpulkan:
Penutup
Pasaran telah menunjukkan permintaan yang tinggi untuk saham Econframe Bhd. Saham terbitan awam sebanyak 16.25 juta saham baru untuk orang awam Malaysia telah dilanggan melebihi 40.23 kali.
Hal ini menunjukkan Econframe Bhd mempunyai planning yang kukuh dalam mengatur strategi untuk mengembangkan lagi syarikatnya.
Akhir kata, semoga artikel ini bermanfaat untuk anda!
________________________________________________________________________________________
Mahersaham juga turut menyediakan Video Percuma Asas Saham di Mahersaham App. Klik link ini app.mahersaham.com/courses/asas sekarang untuk tonton video Asas Saham.