dunkin' donuts
|

Dunkin’ Donuts dan E-Commerce

Tidak dinafikan, dengan kemudahan ‘E-commerce’ yang semakin berkembang pesat di Malaysia, Dunkin’ Donuts telah melonjakkan hasil penjualan.

Potensi yang ada pada perniagaan online sangat luarbiasa kerana dengan cara ini, syarikat mampu meraih lebih banyak keuntungan berbanding jualan di premis-premis atau di kedai-kedai.

Sistem pengurusan juga mudah untuk dilaksanakan, kemas dan sistematik.

Proses pengumpulan maklumat dan data berkaitan transaksi juga dapat dikumpulkan dengan lebih terurus.

Kos-kos jualan dapat dioptimumkan tanpa perlu risau untuk mengeluarkan duit syarikat bagi tujuan promosi dan pemasaran produk.

Dunkin’ Donuts

Rangkaian perniagaan Dunkin’ Donuts telah diperluaskan dengan Shopee, platform alam maya No.1 di Malaysia.

Di samping jaminan kualiti yang berterusan, syarikat ini juga dapat memberi satu pengalaman terbaik untuk pengguna.

Bermula pada September tahun lepas, sewaktu kedai online pertama kali dilancarkan.

Kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi ‘delivery‘ makanan dan minuman seperti Foodpanda dan Grab untuk menambahbaik pengalaman perkhidmatan pelanggan.

Cawangan-cawangan yang telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atas talian juga dilihat semakin berkembang.

Perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini.

Pengguna seringkali menggunakan aplikasi telefon bimbitnya untuk melihat produk-produk yang tersedia ‘through extensive catalogue‘ atau sebarang promosi yang ditawarkan sebelum berkunjung ke premis-premis atau kedai-kedai makanan dan minuman.

Taktik Pemasaran Dunkin’ Donuts

Taktik pemasaran inovatif dan agresif seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa manfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan.

Pengunjung platform tersebut meningkat sebanyak empat kali ganda dan boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, mereka sentiasa bersedia untuk menyediakan solusi pemasaran ‘marketing solutions‘ atau bersama-sama mengadakan kempen ‘co-organizing campaigns‘.

Jualan Dunkin’ Donuts Meningkat

Perniagaan yang berkembang itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah kemudahan yang terdapat ketika proses menebus baucer dan harga yang lebih eksklusif serta tawaran diskaun yang menarik menerusi jualan dalam talian.

Selain itu,  teknologi terkini dan sumber yang cukup membolehkan pemasaran produk kepada pelanggan yang belum pernah membeli produk tersebut.

Sejak dilancarkan pada 26 Jun 2019 yang lalu, syarikat telah berjaya mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day yang telah berakhir pada 9 September itu juga telah berjaya menjual lebih 5,000 donuts.

Di samping itu,  tawaran minuman Chocolate dan Coffee juga mendapat sambutan yang tinggi.

Kedai online juga mencatatkan peningkatan ‘daily order‘ sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness.

Baucar 9-donut juga habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan sebanyak 1.6 kali berbanding kempen sebelumnya.


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Similar Posts