the malaysian reserve
|

DRB-Hicom Berhad Shares

Kenaikan saham DRB-Hicom dipacu oleh keuntungan yang diperolehi melalui jualan kereta pacuan empat roda, Proton SUV X70.

Ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi pendapatan syarikat tersebut.

Susulan daripada penghasilan model Proton yang lebih tinggi, saham ini juga dijangka akan terus mengekalkan momentum kenaikan harga untuk beberapa tahun akan datang.

Selain itu, model baharu Proton x50 turut menjadi pemangkin kepada industri automotif itu untuk maju ke hadapan dalam jangka masa yang panjang.

DRB-Hicom Berhad Shares fall on “Profit-taking”

Fenomena saham di mana kejatuhan harga “shares fall” berlaku selepas aktiviti pengambilan untung “profit-taking” merupakan salah satu indikator yang positif.

Apa yang dapat disimpulkan, pelabur selalunya akan menjual saham-saham mereka selepas harga saham meningkat naik untuk mendapatkan keuntungan.

Situasi penjualan saham berlaku apabila terdapat suatu keadaan yang “trigger” atau membuatkan harga saham itu melonjak naik.

Selain itu, ia juga boleh terjadi apabila “trend” saham tersebut memang berada dalam keadaan “bullish”.

Oleh itu, pelabur yang berada pada posisi penjual ini pastinya akan mengaut keuntungan kerana melihat peluang dan potensi terhadap sesuatu saham itu lebih awal daripada pembeli saham.

Lantaran lonjakan volume penjual walaupun sedikit akan dapat mempengaruhi perwatakan pembeli-pembeli saham yang lain untuk turut membeli saham tersebut.

Isyarat “Profit-taking”

Ia boleh memberi isyarat buruk kepada pelabur lain yang membeli saham tersebut tanpa sedar “without notice”.

Perkara inilah yang akan merugikan diri mereka kerana mendapati bahawa saham ini sebenarnya tidak menguntungkan.

Selain itu, aktiviti pengambilan untung ini boleh mempengaruhi saham individu, sektor tertentu, atau pasaran kewangan secara keseluruhan.

Cara Mengenalpasti “Profit-taking” Sesuatu Saham

Terdapat kejatuhan harga yang tidak disangka-sangka tanpa ada sebarang berita “no news” atau apa-apa unsur lain yang menyokong penjualan saham “selloff stock”.

Hal yang semacam ini boleh dikaitkan dengan adanya aktiviti pengambilan untung oleh penjual-penjual saham.

Faktor-Faktor Pemangkin Saham “Stock-Specific Catalyst”

Ketika ada saham yang naik, semestinya di sana terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi kenaikannya.

Ia boleh dipanggil sebagai pemangkin saham.

Selalunya, pihak kaji selidik akan membuat kajian lebih awal terhadap sesuatu saham supaya mereka dapat membuat analisa yang tepat untuk menjangkakan prestasi saham.

Setiap penilaian tersebut perlu disokong oleh antaranya pemangkin-pemangkin kepada perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat dalam tempoh masa tertentu.


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.