Dividen Tambahan Kepada Kerajaan Tertakluk Kepada Kemampuan Syarikat

Dividen dari Petronas menjadi sumber pendapatan utama kerajaan persekutuan, dimana jangkaan pembayaran RM40 bilion dividen daripada syarikat minyak dan gas negara itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2023 yang dibentangkan baru-baru ini berbanding unjuran awal sebanyak RM35 bilion sahaja dalam bajet yang dibentangkan kerajaan sebelum ini pada Oktober tahun lepas.
Lebih Rendah Berbanding 2019
Angka tersebut adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan dividen RM54 bilion yang dibayar Petronas pada Tahun 2019, dan sebarang tambahan pembayaran adalah tertakluk kepada kemampuan, kata Presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
“Ia masih tertakluk kepada peraturan biasa. Kami akan membuat pembayaran dividen tertakluk kepada kemampuan dan melalui tadbir urus yang diperlukan. Kami perlu memenuhi juga kehendak operasi kami, membayar hutang, dan keperluan pelaburan semula,” katanya
Harga Minyak Mengalami Pembetulan
“Jadi harga minyak, seperti yang dinyatakan, mungkin akan mengalami pembetulan tahun ini kerana pemulihan dilihat tidak kukuh. Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami menganggarkan harga minyak pada AS$70-80 setong. Tetapi untuk tahun ini, kami jangkakan berada di bawah harga tersebut,” katanya. Beliau berkata dividen RM40 bilion yang diunjurkan untuk 2023 tidak sepatutnya menjadi isu
Baca Artikel Lain Berkaitan Petronas
Guna App Setel Untuk Isi Minyak
Petronas Merekodkan Keuntungan Tertinggi Sebanyak RM101.6 Bilion
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham secara percuma.