Dividen Saham Luar Negara

Salah satu keuntungan yang boleh dibuat melalui pelaburan saham ialah dividen.

Dividen adalah sebahagian kecil daripada keuntungan syarikat yang dibayar kepada pemegang saham. Keuntungan syarikat ini boleh berasal dari jualan produk atau perkhidmatan, atau daripada pelaburan yang menguntungkan.

Dividen diberikan kepada pelabur berdasarkan berapa banyak pegangan saham yang dimiliki oleh pemegang saham.

Dividen diberikan oleh syarikat mengikut kemampuan syarikat hasil daripada perbincangan oleh pentadbiran syarikat. Ada syarikat yang memberikan dividen setiap tahun. Ada juga yang memberikan setiap suku tahun.

Mengapa pelabur memilih pendapatan dividen?

Pelabur yang memilih pendapatan dividen biasanya mencari pendapatan pasif yang stabil. Dengan membeli saham yang membayar dividen, mereka boleh mendapat pendapatan tetap dari pelaburan mereka tanpa perlu menjual saham tersebut.

Pendapatan dividen juga boleh membantu melindungi pelabur daripada kejatuhan harga saham, kerana keuntungan yang diperoleh daripada pembayaran dividen dapat membantu mengekalkan nilai pelaburan.

investment stockbroker profit analysis. Stock trading graph price prediction and profit gain. Manager using multiple devices

Dividen Saham Luar Negara

Jika anda memegang saham syarikat luar negara yang memberi dividen, adakah anda dapat dividen tersebut?

Jika anda melabur menggunakan akaun Mplus Global, anda akan membuka akaun secara Nominee.

Akaun Nominee didaftarkan atas nama broker. Manakala akaun direct, didaftarkan terus ke atas nama pelabur. Pemegang saham melalui akaun nominee masih layak untuk menerima dividen.

Namun, dividen yang diterima akan ditolak dahulu beberapa peratus untuk dibayar kepada broker sebelum diberikan kepada pemegang saham.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pendapatan dividen adalah satu cara pelaburan yang popular di kalangan pelabur yang mencari pendapatan pasif yang stabil. Hal yang sama juga berlaku kepada pelabur saham luar negara. Pemegang saham luar negara masih lagi mendapat dividen mengikut jumlah yang diberikan oleh syarikat, namun akan ditolak sedikit jika akaun yang didaftarkan ialah akaun jenis nominee.

Nak buka akaun untuk melabur di pasaran global? Daftar di Daftar Akaun Saham Luar Negara.

Dah jadi client tapi masih belum masuk dalam group client? Jom masuk disini.

Similar Posts

2 Comments

  1. Salam.

    Adakah dividen yg telah ditetapkan setiap 3 bulan di pasaran us sebelum pelabur membuat pelaburan boleh jatuh dalam kategori riba? Sebab telah fix rate pulangan.

    Komen atas kemusyikilan ini

    Terima kasih.

    1. dividen daripada saham yang biasa tak ditetapkan, biasanya yang akan decide adalah board of directors sebelum mereka umumkan kepada public. Pemberian dividen juga akan bergantung kepada adakah syarikat ada tetapkan dividend policy, syarikat punya untung banyak atau tidak untuk boleh berikan dividen

Comments are closed.