DIVIDEN 5.45% KWSP 2019 APA NAK BUAT?
Dividen KWSP 2019 Sebanyak 5.45 Peratus
Dividen KWSP 2019 telah diumumkan dengan kadar 5.45% bagi simpanan Konvensional dan 5.00% bagi simpanan Syariah.
Melihat kepada 3 tahun berturut-turut sejak 2017 hingga 2019, terdapat penurunan prestasi dividen bagi kedua-dua simpanan Konvensional dan Syariah.
Kenapa?
Penganalisa telah menjangka perkara ini lebih awal bahawa pengagihan dana KWSP tidak lari jauh seperti apa yang berlaku kepada dividen 5.5% ASB 2019.
Hal ini kerana kedua-duanya mempunyai portfolio pelaburan yang hampir sama sekali gus pulangan ASB boleh dijadikan penanda aras kepada kadar dividen KWSP.
Dengan kata lain, KWSP dan ASB banyak melabur dalam saham yang sama.
Faktor Penurunan Dividen Sepanjang Tahun
Kenyataannya bukan dividen KWSP atau ASB sahaja yang menghadapi kemerosotan ini. Jika kita lihat kebanyakan dana-dana lain seperti Tabung Haji 2018, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Unit Amanah juga sangat ketara kemerosotan prestasi masing-masing.
Hakikatnya, pasaran saham KLCI jatuh dan mencatatkan pasaran saham yang terburuk sepanjang 2017 sehingga sekarang.
Jadi tidak mustahil pelaburan dalam pasaran juga turut menjejaskan kesemua pulangan dana dan institusi yang terlibat.
KWSP Labur Dalam Saham Apa?
Jika betul KWSP dan ASB mempunyai portfolio yang lebih kurang sama, pasti ramai yang nak tahu saham apa yang KWSP laburkan? Jom kita tengok
Sumber: KWSP
Melihat kepada sebahagian senarai saham daripada KWSP ini adalah bercampur-campur status syariahnya. Ini bermaksud ada saham yang dilaburkan berstatus Syariah dan sebahagiannya lagi berstatus tidak syariah.
Bagi yang mempunyai akaun CDS mesti sudah sedia maklum perkara ini.
Pelabur muslim sebaiknya dinasihatkan membuka akaun CDS Islamik kerana dapat mengelakkan daripada terbeli saham tidak patuh Syariah. Sistem akan auto reject jika kita terbeli saham Konvensional.
Apa Kena Buat Dengan Simpanan Konvensional KWSP 5.45%?
Walaupun dividen Konvensional mengatasi dividen Syariah dengan perbezaan 0.45%, bagi yang muslim wajib mensucikan pendapatan yang diperoleh tersebut.
Berapa banyak nak sucikan?
Sebagai muslim yang beriman perlu membersihkan sebanyak 71% daripadanya. Maksudnya jika mempunyai RM10,000 maka 5.45% perlu dibersihkan adalah sebanyak RM7,100.
Macam mana nak sucikan pendapatan?
Pembersihan boleh dibuat menggunakan wang lain yang dimiliki. Pembersihan itu akan menjadikan semua dividen kelak suci kerana sudah ditukar dengan wang bersih milik anda di luar KWSP.
Daripada 71% tadi, itu menjadikan bahagian dividen simpanan Konvensional yang tinggal hanyalah sekitar 1.59% sahaja selepas dibersihkan.
Segeralah berpindah ke Simpanan Shariah. Kecualilah penyimpan tersebut adalah muslim yang tidak ambil berat persoalan halal haram dalam pelaburan.
Manakala bagi Simpanan Syariah tidak perlu membersihkan pendapatan dividen yang diterima kerana semua dividen sudah bersih.
Kenapa perlu dibersihkan?
Dividen Konvensional perlu dibersihkan kerana KWSP konvensional bebas melabur di industri halal dan tidak halal asalkan boleh bawa keuntungan. Mereka juga menggunakan instrumen tidak patuh Shariah.
Mengapa 71 % kena dibersihkan?
Menurut info rasmi dari KWSP, 71% dari dana dalam simpanan Konvensional itu dilabur ke tempat TIDAK PATUH SHARIAH dan sumber keuntungan yang tidak Shariah.
Maka sebanyak 71% daripada jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun adalah kadar penyucian dividen bagi Simpanan Konvensional.
Sumber: Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !