Marvel characters
|

Disney beli Marvel Studios $4 bilion | Case Study

Nilai Marvel naik lebih 4 kali ganda dalam tempoh 10 tahun

Tahukah anda, pada tahun 2009, Disney telah membeli syarikat komik gergasi iaitu Marvel bernilai $ 4 billion.

Kini, Disney telah memperoleh lebih daripada $18 billion melalui pembelian Marvel dalam tempoh sedekad yang lalu!

Ternyata keputusan Disney memilih Marvel adalah tindakan sangat tepat dan berbaloi.

Jadi, mari kita berbalik pada dunia pelaburan dengan menjadikan Marvel Studios ini sebagai case study.

Dalam pelaburan, terdapat satu istilah yang digunakan dalam mengukur keuntungan.

Istilah ini dinamakan sebagai “Return on Investment” ataupun ROI.

Jika diterjemahkan dalam bahasa melayu, ia bermaksud “Pulangan atas modal”.

Bagi Disney, keputusan mereka untuk membeli Marvel Studios sebanyak $4 billion dianggap tindakan yang tepat kerana nilai Marvel pada ketika ini adalah lebih 4 kali ganda daripada asalnya.

Siapa saja yang tidak suka apabila modal pokok yang dikeluarkan mendapat hasil beberapa kali ganda dari nilai yang asal?

Return on Investment (ROI)

Pertama sekali, ketika anda menceburi bidang pelaburan, terdapat pelbagai jenis instrumen pelaburan yang ada. Contohnya pelaburan saham, hartanah, amanah saham, komoditi, derivatif dan sebagainya.

Sebaik-baiknya anda mengukur keuntungan anda dengan menggunakan ROI.

Dengan ROI, anda dapat mengetahui nilai wang yang anda keluarkan untuk pelaburan membawa keuntungan; keuntungan yang lumayan untuk pelaburan anda.

Ini bermaksud, ROI itu adalah keuntungan yang diperolehi berdasarkan jumlah yang anda laburkan.

Dalam ROI, anda boleh mengukur dua perkara:

⦁ Adakah pelaburan yang dipilih berbaloi ataupun tidak

⦁ Tempoh mendapat semula modal yang dikeluarkan ataupun break even

Adakah pelaburan yang dipilih berbaloi ataupun tidak

Anda semestinya mahukan pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi daripada fixed deposit, asb dan tabung haji ataupun dividen-dividen unit amanah yang lain.

Oleh itu, jika pulangan pelaburan anda memberi pulangan yang sama seperti instrumen pelaburan yang disebutkan, lebih baik anda melabur dalam asb, tabung haji dan fixed deposit betul tak?

Mengapa anda mahu menyusahkan diri anda untuk monitor pelaburan anda jika pulangannya sama seperti instrumen pelaburan yang lain.

Jadi, dengan menggunakan ROI sebagai ukuran, anda boleh mengenalpasti pelaburan yang dibuat samada berbaloi dengan tenaga, duit dan masa anda.

Tempoh mendapat semula modal yang dikeluarkan ataupun breakeven

Anda semestinya mahu tahu berapa lama modal yang anda keluarkan mendapat semula ataupun breakeven.

Lagi cepat anda mendapat semula modal anda, itu adalah lebih baik.

Cara ROI dikira

Pertama, ROI adalah ratio bagi mengira kepantasan modal yang diterima oleh pelabur daripada modal asal.

Kedua, ROI boleh dikira mengikut formula di bawah ini:

Formula ROI = (Net profit / modal ) x 100

Lagi tinggi nilai ROI, lagi besar pulangan yang diperolehi.

Contoh pengiraan ROI

Konsep bagi membuat untung untuk capital gain ini ialah beli pada harga rendah, jual pada harga tinggi.

Bahasa mudahnya, hari ini beli saham A pada harga RM1, sebulan kemudian harganya sudah meningkat kepada RM 4.

Maka anda telah untung RM 3.

Untuk lebih jelas lagi, mari kita lihat contoh yang lebih detail:

Saham My E.G. Services Berhad sebanyak 100 lot (minima 1 lot=100 unit) pada harga RM 1.58 telah dibeli oleh Neelofa .

Setelah memegang saham My E.G. Services Berhad selama 6 bulan, harga saham tersebut telah meningkat kepada RM2.10.

Neelofa bercadang untuk menjual semua saham My E.G.

Contoh pengiraan:

Beli: 100 lot x 100 unit x RM1.58 = RM15,800 (kos pembelian)

Jual: 100 lot x 100 unit x RM2.10 = Rm 21,000 (kos penjualan)

Pengiraan pulangan atas pelaburan (ROI):

= ((21,000 – 15,800)/ 15,800) x 100) = 33%

(Pengiraan di atas tidak termasuk kos-kos lain yang terlibat seperti brokerage fee)

Neelofa berjaya mendapat keuntungan modal sebanyak 33% dalam tempoh 6 bulan dari RM15,800 menjadi RM21,000.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan atau limitation sekiranya anda menggunakan pengiraan ROI ini.

Hal ini kerana, ROI tidak mengambil kira faktor masa dan risiko.

Contohnya, anda mempunyai dua pelaburan yang mempunyai risiko yang sama (A dan B) dimana kedua-duanya memberikan ROI sebanyak 50%.

A : ROI 50% dalam tempoh 5 tahun

B : ROI 50% dalam tempoh setahun

Kedua-dua pelaburan tersebut memberikan pulangan yang sama iaitu 50% tetapi apabila faktor masa dan risiko diambil kira, pelaburan B dilihat lebih berbaloi.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.