Disiplin Seorang Trader
Disiplin Seorang Trader
Sebagai seorang pedagang dan pelabur dalam dunia pelaburan saham, kita perlu mempunyai disiplin untuk berdagang atau trade. Hal ini kerana pelaburan saham adalah bukan suatu skim cepat kaya.
Untuk berdagang dalam dunia pelaburan saham, kita perlu mula belajar berkaitan ilmu asas saham. Oleh itu bagi para trader, kita perlu mempunyai disiplin untuk mula belajar ilmu saham.
Langkah Membeli Saham

Langkah 1
Mula belajar secara asas berkaitan ilmu pelaburan saham. Anda perlu belajar dan mengetahui ilmu asas saham. Contoh Apa itu Saham, Tujuan Melabur Saham, Hukum Melabur Saham dan Mengetahui Jenis Saham di Bursa Malaysia.
Di Mahersaham, anda boleh sertai kelas Saham for Newbies secara percuma dan live harian Mahersaham. Pelbagai ilmu bermanfaat dapat dipelajari apabila anda sertai kelas dan live Mahersaham secara percuma ini.
Oleh itu, anda akan tahu dan belajar sedikit demi sedikit ilmu saham. Hal ini kerana dunia pelaburan saham merupakan suatu langkah anda untuk bijak dalam mengurus kewangan anda dan celik dalam bidang literasi kewangan.
Langkah 2
Buka akaun CDS. Akaun CDS ialah Central Depository System.
Akaun CDS berfungsi untuk urusan jual beli saham dan ia dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Akuan CDS boleh dibuka dengan mana-mana bank pelaburan dan syarikat broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.
Langkah 3
Membuat kajian saham. Kajian saham merupakan langkah penting sebagai seorang trader. Trader perlu menentukan kajian saham mereka berdasarkan minat untuk melabur.
Sama ada ingin strategi pelaburan dalam jangka masa pendek, sederhana atau panjang.
Hal ini kerana bagi setiap trader pasti mempunyai selera yang tersendiri untuk nikmati pulangan keuntungan saham dan risiko. Dalam kata lain, trader itu adalah seorang pengelak risiko atau penggemar risiko.
Kajian saham memerlukan suatu trading plan secara analisis teknikal, analisis fundamental dan melihat sentimen pasaran.
Dalam analisis teknikal, anda akan didedahkan kepada ilmu asas teknikal saham iaitu:
EP/ entry point ialah harga membeli saham dengan cara memasuki pasaran saham pada harga saham yang rendah.
TP/ take profit ialah harga menjual saham dengan cara keluar pasaran pada harga saham tinggi atau mengambil untung sesuatu saham.
CL/ cut loss ialah harga menjual saham jika strategi tidak berjaya. CL akan berada di bawah TP.
Pada keadaan ini trader perlu membuat keputusan untuk menjual saham tersebut walaupun sedang mengalami kerugian. Langkah ini penting bagi mengelakkan kerugian lagi apabila harga saham jatuh lebih jauh.
Langkah 4
Membeli saham. Setelah membuat kajian saham, anda perlu menggunakan indikator EP, TP dan CL sebagai langkah bijak untuk masuk dan keluar dari pasaran saham bagi sesuatu kaunter saham.
Selain itu di app Mahersaham, anda boleh test paper trade Mahersaham. Hal ini bagi membantu newbies saham untuk belajar dengan mudah menentukan kaunter saham yang baik.
Langkah 5
Jual saham. Setelah mengikut tempoh kajian saham anda sama ada ingin short term atau long term, anda boleh menjual saham. Sekiranya anda fikirkan ia dapat mendatangkan pulangan keuntungan yang lumayan.
Diingatkan setelah anda membeli saham sesuatu kaunter, langkah terbaik adalah dengan meletakkan TP jangkaan kenaikan kaunter saham anda.
Oleh itu, banyak lagi ilmu saham yang perlu anda pelajari secara teknikal dan fundemantal untuk mengenal pasti kaunter terbaik untuk anda melabur.
Langkah 6
Post-mortem. Ini merupakan langkah terakhir dan antara yang penting untuk mengulang strategi. Hal ini bagi mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki kajian saham anda untuk masa akan datang.
Sudah pasti anda inginkan pulangan yang menguntungkan dari pelaburan saham anda. Pengurusan kewangan dengan bijak dapat membantu menjana duit dalam tempoh masa yang akan datang dengan mula belajar ilmu saham.
Kesimpulan
Pelaburan saham ini merupakan suatu bentuk pelaburan yang berisiko tinggi. Namun, anda boleh menikmati pulangan pelaburan saham anda dengan lumayan.
Oleh itu, anda perlu bijak untuk mengambil langkah awal untuk mula belajar ilmu saham dengan Mahersaham. Mahersaham akan sentiasa membantu anda menjadi seorang trader yang hebat.
Anda boleh baca artikel berkaitan belajar saham di blog Mahersaham dengan lebih lanjut.
Anda Newbies dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!