Cara Deposit ke Mplus Global

Mplus Global telah dilancarkan. Pendaftaran akaun baru untuk membenarkan pelabur mula melabur di pasaran saham global mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Selepas membuka akaun, perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah deposit modal ke dalam akaun Mplus Global. Ini merupakan langkah yang wajib sebelum kita membeli saham luar negara.

Langkah-langkah Deposit

1.Buka akaun M+ Global. Transaksi jual beli dilakukan dalam aplikasi M+ Global. Jadi, perlu download terlebih dahulu aplikasi M+ Global.

Untuk pengguna Android download di : android

Pengguna Apple, download di : apple

2. Pergi ke menu ‘Trade‘.

3. Tekan ikon ‘Deposit‘.

4. Pilih ‘Online FPX Deposit

5. Tulis jumlah yang ingin dimasukkan di bahagian ‘Amount‘. Minimum transaksi ialah RM1,000 dan maksimum RM30,000. Lihat pada nama, pastikan penama pada bank yang digunakan adalah sama dengan nama yang tertera.

6. Masukkan ‘Trading Password’ yang telah anda tetapkan pada pembukaan akaun.

7. Pastikan amount yang dimasukkan betul dan pilih bank anda. Pastikan bank yang anda gunakan merupakan nama yang sama seperti yang telah didaftarkan untuk pembukaan akaun Mplus.

8. Sebagai contoh, anda pilih ‘Maybank’, isi seperti anda membuat transaksi FPX yang biasa.

9. Semak ‘Total Asset’ di bahagian ‘Trade’ untuk pastikan duit anda telah berjaya deposit. Deposit akan diproses semasa hari bekerja sahaja.

Kesimpulan

Perlu diingat beberapa perkara yang perlu di ambil peduli :

  1. Transaksi deposit akan berlaku ketika hari bekerja sahaja
  2. Penama akaun bank yang digunakan perlu sama seperti penama pada akaun Mplus yang didaftarkan
  3. Transaksi hanya boleh dilakukan melalui FPX online transfer. Transfer manual melalui mesin ATM tidak dibenarkan

Selesai cara untuk anda deposit ke akaun Mplus Global. Jika anda baru ingin mendaftar cara buka akaun Mplus Global, boleh ke Cara Isi Akaun Mplus Global

Similar Posts