Defensive Stock

Apa itu Defensive Stock?

Defensive stock ialah suatu jenis saham yang berprestasi stabil tanpa dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa. Defensive stock juga dipanggil sebagai non-cyclical stocks.

Ciri-ciri Defensive Stocks/ Non-cyclical stocks

Defense Images | Free Vectors, Stock Photos & PSD
Kredit gambar: Freepik
  • Memberi dividen yang konsisten
  • Pendapatan syarikat stabil
  • Tidak terkesan sangat dengan keadaan ekonomi semasa
  • Produk sentiasa ada demand
  • Syarikat yang sudah besar/ kukuh establish

Kelebihan Defensive Stocks

  • Lebih kepada long term gains
  • Risiko rendah
  • Pulangan rendah
  • Volatility rendah
  • Hanya pelabur/ investor yang sering masuk pasaran berbanding trader

Kelemahan Defensive Stocks

Defensive stock tidak dapat untuk masuk atau ikut kenaikan market apabila berkeadaan treding.

Jenis Sektor yang sering dikaitkan dengan Defensive Stock ialah jenis sektor yang menghasilkan barangan keperluan pengguna.

  • Utilities
  • Consumer Products
  • Healthcare
  • Reits (real estate investment Trusts)

Jadi.

Siapakah Anda?

Jenis aggressive, Jenis moderate atau Jenis conservative

Kenapa Memilih Defensive Stocks

1. Membantu mengurangkan volatility portfolio

Kaedah mempelbagaikan jenis portfolio dapat membantu mengurangkan risiko pelaburan. Di tambah ketika ekonomi sedang mengalami kemelesetan, Defensive stock dapat membantu pelabur untuk mengurangkan volatility/ turun naik pulangan portfolio pelaburan.  

Hal ini kerana Defensive Stock boleh bertindak sebagai suatu jenis saham untuk melindung pelaburan saham daripada mengalami kerugian. Unsur ketidakpastian dalam ekonomi pasti akan mengundang untung rugi bagi pelabur.

2. Boleh dijadikan pilihan jenis saham bagi newbies saham

Pelabur boleh memilih defensive stock untuk melabur dalam pasaran saham. Hal ini kerana Defensive Stock sesuai kepada pelabur newbies dan mereka yang kurang pengalaman dalam pelaburan saham. Selain itu, Defensive stock akan menjadi pilihan bagi pelabur penggelak risiko

3. Perolehan dividen dari aktiviti pelaburan saham

Defensive stock sering menjadi pilihan pelabur/ investor berbanding pedagang/ trader untuk melabur dalam dunia saham. Hal ini kerana Defensive stock sesuai dalam long term dan perolehan pendapatan dari untung pelaburan adalah stabil.

Kesimpulan

Defensive stock adalah dari jenis pelaburan saham yang dapat melindung modal pelabur dan dapat mengurangkan risiko pelaburan saham.

Untuk mengetahui dan perlukan bahan bacaan selanjutnya berkaitan jenis stock di pasaran?

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

https://www.youtube.com/watch?v=qskM29gIysg

Similar Posts