mencapai wawasan 2020
|

Dapatkah Malaysia mencapai Wawasan 2020?

Ramalan Tahun 2020

Tahun 2019 hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi sebelum melangkah ke tahun baharu iaitu tahun 2020.

Jika dahulu apabila sebut tahun 2020, pelbagai gambaran yang terbayang di benak fikiran masyarakat.

Tahun 2020 dijangkakan adalah tahun akan wujudnya kereta terbang, komunikasi telepati dan teleportasi.

Malah ada meramalkan tahun 2020 tiada orang yang akan bekerja lagi.

Semua orang akan kaya kerana wujudnya robot manusia di merata-rata tempat.

Adakah semua ini hanyalah realiti atau fantasi semata-mata?

Melihat negara Malaysia hari ini, dapatkah Malaysia mencapai ramalan 2020 seperti yang diimpikan?

Wawasan 2020

Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu ketika pemerintahan pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003).

Ianya untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, psikologi dan lain-lain menjelang 2020.

Namun pelbagai cabaran yang harus ditempuh demi mencapai impian 2020 ini.

9 Cabaran mencapai Wawasan 2020

  1. Membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu
  2. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
  3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
  4. Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika
  5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
  6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang
  8. Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
  9. Memupuk dan membina masyarakat makmur

Jika dilihat 9 cabaran ini semuanya menekankan kepada masyarakat dan bangsa Malaysia.

Maka tidak mustahillah Dr Mahathir memberitahu setiap masyarakat harus menerapkan nilai ikhlas, amanah dan mempunyai usaha yang tinggi.

Namun, Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataannya bahawa Malaysia tidak dapat mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang disasarkan.

Hal ini kerana terdapat penyalahgunaan kuasa dan pentadbiran yang tidak telus sebelum ini.

Oleh itu, sikap seorang pemimpin seharusnya bertanggungjawab diatas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Transformasi Nasional 2050 (TN50)

Apabila wawasan 2020 dilihat tidak lagi signifikan, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan satu inisiatif iaitu TN50.

Ia merupakan inisiatif membentuk Malaysia negara yang memenuhi aspirasi penduduknya dan meliputi selama 30 tahun bermula dari tahun 2020.

Ke manakah arah tuju Malaysia?

Walaupun wawasan 2020 gagal direalisasikan, tetapi ianya tetap menjadi impian rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Kesimpulan

Dalam pada menuju tahun 2020, kita dapat melihat semua masyarakat memainkan peranan penting dalam membentuk negara maju.

Negara tidak akan mampu bersaing tanpa persefahaman pemimpin dan rakyatnya.

Apa yang digariskan dalam mencapai wawasan 2020 cukup meliputi pelbagai aspek yang sepatutnya diberi perhatian dan tindakan wajar.

Ianya bukan sahaja menerapkan isu politik semata-mata, tetapi turut merangkumi dari ekonomi, sosial, kualiti hidup dan lain-lain.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts