Dana RM21.8 juta diluluskan untuk 30 syarikat melalui NTIS
NTIS- National Technology and Innovation Sandbox
Telah keluar berita di The Edge Market mengenai sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah badan teknologi.
Haaa.. korang rasa program apa tu ya?
Negara kita Malaysia telah mengadakan satu program dimana nama program itu ialah National Technology and Innovation Sandbox iaitu (NTIS)
Kerjasama Dengan Syarikat Lain
Untuk pengetahuan korang, program ini adalah hasil usaha sama dan kerjasama atau gabungan antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. (MOSTI) dan juga collaboration dengan MaGIC iaitu Malaysian Global Innovation & Creativity Centre, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), MIMOS Bhd, Technology Park Malaysia (TPM), dan juga National Economic Recovery Plan (PENJANA).
Dan….seramai 1763 orang telah berdaftar dengan NTIS sejak Jun 2020!
Apa NTIS Ni Ya?
NTIS ini adalah tugasnya untuk membantu syarikat-syarikat startup. Yang mana, mungkin syarikat ini ada sebarang inovatif atau teknologi yang dapat diketengahkan untuk memberi bantuan dalam membawa satu perubahan kepada lanskap teknologi di negara kita.

Dalam keratan akhbar di atas, telah dimaklumkan pada kita bahawa dana RM21.8 juta telah diluluskan untuk 30 syarikat melalui NTIS
Peranan NTIS
MTDC sebagai rakan utama dalam memberi dana akan menyediakan platform termasuk dana untuk produk, teknologi dan perkhidmatan yang dibuat melalui R&D atau inovasi tempatan, dari prototaip hingga tahap pengkomersialan.
Selain membantu menjana ekonomi nasional, NTIS juga berperanan dalam membantu melancarkan aplikasi teknologi baru di berbagai sektor, terutama dalam memerangi wabak Covid-19.
Bantuan
Melalui NTIS ini, teknologi startup company akan menerima 100 juta ringgit dalam bentuk bantuan.
Selain itu, MTDC menawarkan empat skema pembiayaan iaitu Single Site Sandbox, Multisite Sandbox, Commercialisation Sandbox dan Corporate Sandbox.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sasaran program NTIS ini adalah untuk menyediakan kewangan bagi syarikat SME.
Dimana, ia adalah untuk startup company mengembangkan dan melakukan proses validasi untuk produk, teknologi dan perkhidmatan mereka dalam lingkungan terkawal (sandbox)
Selain itu, diharapkan dengan bantuan dana ini juga sektor teknologi di Malaysia dapat dikembangkan.
_________________________________________________________________________________________
Moga artikel ini bermanfaat untuk anda!
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.