Cyclical Stock

Apa itu Cyclical Stock?

Cyclical Stock atau Saham Kitaran ialah suatu jenis saham yang mempunyai harga saham mudah terkesan mengikut kitaran ekonomi. Dalam kata lain, ia amat sensatif dengan tindak balas ekonomi dan sentiasa berhubungan positif dengan harga saham.

Jika keadaan ekonomi semakin baik, maka harga saham akan naik. Jika ekonomi jatuh, maka harga saham akan jatuh.

Kitaran Ekonomi

Ini merupakan kitaran asas bagi sesebuah ekonomi. Keadaan ini akan mempengaruhi dan menunjukkan hubungan secara positif dengan harga cyclical stock.

Apabila keadaan ekonomi berada dalam fasa perkembangan dan boom, harga cyclical stock akan naik dan dalam keadaan yang baik. Jika keadaa ekonomi berada dalam fasa kemelsetan maka harga cyclicsl stock akan jatuh dan berada dalam keadaan yang tidak baik.

Risiko Melabur dalam Cyclical Stock

Abstract futuristic technology background of cyclical stock and macd oscillator market graph volume indicator Premium Vector
Kredit gambar: Freepik

Cyclical Stock mempunyai risiko. Hal ini dapat ditunjukkan sewaktu berlakunya kenaikan dan penurunan harga cyclical stock yang lebih laju berbanding Defensive Stock ketika ekonomi mengalami peningkatan atau meleset.

Selain itu, sekiranya harga Cyclical Stocks jatuh ia akan mengambil tempoh masa lama untuk kembali pulih dan naik. Kejatuhan harga Cyclical Stock ini akan memberi suatu tekanan kepada syarikat dan pelabur.

Seterusnya, syarikat tersebut mungkin akan mengalami masalah kewangan apabila harga Cyclical Stock jatuh dalam tempoh masa yang lama. Harga Cyclical Stock mempunyai analisis fundamental yang perlu untuk diambil kira dalam kajian saham.

Oleh itu, Cyclical Stock yang berisiko ini sering didagangkan lama tempoh masa midterm dan long term.

Kelebihan Cyclical Stock

Antara salah satu kelebihan Cyclical Stock ialah harga Cyclical Stock ini boleh untuk naik lagi laju berbanding Defensive Stock apabila ekonomi sedang meningkat maju.

Kesimpulan

Justeru pelaburan saham merupakan suatu kaedah pelaburan yang dapat meningkatkan jumlah pendapatan seseorang atau pendapatan syarikat. Hasil daripada pulangan pelaburan aktiviti saham.

Namun pelaburan saham juga suatu bentuk pelaburan yang berisiko. Anda boleh memilih harga saham yang pelbagai jenis mengikut cita rasa masing-masing.

Untuk mengetahui dan perlukan bahan bacaan selanjutnya berkaitan jenis stock di pasaran?

Anda Newbies dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

https://www.youtube.com/watch?v=CgU8kdXJRQ8&t=1627s

Similar Posts