| |

Credit Suisse Mencetuskan Kejatuhan Pasaran Global Susulan Kebimbangan Terhadap Sistem Perbankan

Sumber : The Star

Apa yang diperlukan hanyalah beberapa perkataan tegas daripada pemegang saham terbesar Credit Suisse Group AG pada 15 Mac untuk mencetuskan penjualan saham yang tersebar ke seluruh pasaran global.

Ditanya sama ada Bank Negara Saudi terbuka untuk suntikan tunai tambahan, pengerusi Ammar Al Khudairy berkata “sama sekali tidak”.

Ia adalah gambaran kepada situasi tidak menentu yang dihadapi bank Switzerland itu, sehari selepas ketua pegawai eksekutifnya, Ulrich Koerner, berusaha untuk meningkatkan keyakinan pelabur dengan menunjukkan tanda-tanda peningkatan dalam perniagaannya.

Harga Saham Jatuh

Harga saham Credit Suisse menjunam sebanyak 31%, dalam rekod penjualan terbesar dalam masa sehari, sebelum penurunan menyusut kepada 16%.

Bon Credit Suisse jatuh ke paras yang menandakan kesukaran kewangan yang dihadapinya.

Bagi pelabur global yang masih bergelut selepas kejatuhan mendadak tiga bank di AS, krisis Credit Suisse yang semakin melarat memberikan alasan baharu kepada mereka untuk menjual aset berisiko dan mengumpulkan modal ke dalam bon kerajaan yang lebih selamat.

Indeks Eropah Merosot

Indeks penanda aras di Eropah merosot lebih daripada 2% dan S&P 500 kehilangan 1.2%.

“Pasaran sangat sensitif terhadap aliran berita negatif selepas beberapa kejutan yang melihat bank AS mengalami kegagalan dari hari ke hari,” kata Francois Lavier, ketua strategi pinjaman kewangan di Lazard Freres Gestion. “Dalam konteks di mana sentimen pasaran sudah lemah, tidak banyak yang diperlukan untuk melemahkannya lagi.”

Societe Generale SA, BNP Paribas SA dan Banco de Sabadell SA jatuh lebih daripada 10%, mendahului kemerosotan dalam Stoxx 600. Di kalangan bank Eropah, lebih daripada AS$60 bilion nilai pasaran keseluruhan telah dihapuskan pada 15 Mac.

“Berlaku keadaan panik dan pelabur cuba memastikan keselamatan modal mereka,” kata Oliver Scharping, pengurus portfolio di Bantleon. “Pasaran melihat kegagalan Credit Suisse semakin hampir, namun demikian system kewangan masih baik.”

Mampu Hadapi Tekanan

Ketua Pegawai Eksekutif Koerner pada hari Selasa menunjukkan nisbah perlindungan kecairan firma, yang menunjukkan bank tersebut boleh menangani tekanan aliran keluar yang banyak lebih daripada sebulan.

Beliau berkata firma itu menyaksikan aliran masuk pada 13 Mac di tengah-tengah kegawatan pasaran.

Tidak ada yang mengejutkan tentang apa yang Al Khudairy katakan. Bank Negara Saudi telah mengekalkan pendirian itu sejak tahun lepas, apabila pegangannya dalam Credit Suisse mencapai 9.9%.

Semua yang berlaku ini menggambarkan betapa tingginya kebimbangan terhadap Credit Suisse dan, jika dilihat secara lebih luas, kebimbangan ini mempengaruhi ekonomi global susulan Tindakan bank pusat AS yang cuba meredakan inflasi dengan pantas. Kebimbangan kemelesetan menyebabkan harga minyak jatuh di bawah AS$70 setong buat kali pertama sejak 2021 di AS.

“Situasi Credit Suisse tidak membantu,” kata Evgenia Molotova, pengurus pelaburan kanan di Pictet Asset Management. “Pelabur semakin bimbang tentang balance sheet bank dan kesan kenaikan kadar faedah yang pesat ke atas kos pembiayaan.”


Baca Artikel Lain Berkaitan di Mahersaham

Cara Semak CCRIS Online Dengan Mudah

Petronas Merekodkan Keuntungan Tertinggi Sebanyak RM101.6 Bilion

Apa Itu Limit Up dan Limit Down


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham secara percuma.

Similar Posts