| | |

Corporate Exercise Jenis Pemberian Bonus

Ini adalah contoh pengumuman yang dikeluarkan oleh CHINHIN, salah satu syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Chinhin beritahu yang dia nak berikan satu unit saham sebagai bonus untuk setiap satu saham sedia ada (existing) yang dipegang oleh shareholder.

Ex-date untuk corporate exercise ini adalah pada 2 Mei 2024. Bermakna, pada 2 Mei 2024, anda akan lihat harga sudah adjust atau berubah berbanding dengan closing hari sebelumnya iaitu pada 30 April 2024.

Pada 30 April 2024, CHINHIN telah ditutup pada harga RM5.90. Sepatutnya jika tidak ada sebarang order beli atau order jual pada 2 Mei 2024 (1 Mei adalah public holiday), maka harga sepatutnya pada pukul 9am 2 Mei adalah RM5.90 / 2 = RM2.95. Kenapa bahagi dua? Sebab jumlah unit saham yang baru akan menyebabkan jumlah keseluruhan saham meningkat 2x ganda daripada jumlah asal.

Mendapat saham bonus tidaklah bermaksud keuntungan serta merta. Dalam kes ini bilangan saham yang anda miliki akan bertambah, itu sahaja. Saiz syarikat dan harga syarikat masih tidak berubah dengan pemberian bonus, jadi harga kena berkurang sejajar dengan pertambahan unit saham.

Disebabkan harga saham sudah berubah tetapi unit saham yang baru masih belum dimasukkan ke dalam akaun, maka anda akan nampak anda mungkin tengah kerugian yang besar.

Untuk kira keuntungan atau kerugian sebenar, harga saham semasa x 2 x bilangan unit saham yang asal kemudian anda bandingkan dengan modal yang anda guna beli saham tersebut.

Bilakah Unit Saham Yang Baru Akan Masuk Dalam Trading Account atau CDS Account

Saham akan masuk sehari selepas entitlement date, jadi dalam kes ini 6 Mei 2024 mengikut apa yang diberitahu dalam nota kecil di pengumuman Bursa Malaysia.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *