JENIS CORPORATE EXERCISE DALAM SAHAM
Anda dah pernah beli saham? Pernah tak terbaca atau ternampak tiba-tiba unit saham di portfolio anda berkurang atau bertambah?
Kebanyakan pelabur ramai yang masih tak faham tentang Corporate Exercise dan apa yang berlaku dalam saham.

Apa itu Corporate Exercise?
Corporate Exercise adalah aktiviti yang membawa perubahan pada syarikat dan memberi kesan kepada pemegang sahamnya.
Ia terbahagi kepada 5 iaitu:
- Dividen
- Bonus Issue
- Right Issue
- Share Split
- Share Consolidation
Setiap Corporate Exercise ini ada sebab-sebab berlaku dan kesannya kepada saham.
1. Corporate Exercise – Dividen

Pemberian sebahagian keuntungan syarikat kepada shareholder dipanggil dividen. Ia boleh diberikan dalam bentuk bayaran Cash ataupun unit saham.
Jumlah dividen yang diberikan adalah mengikut bilangan unit saham yang dimiliki oleh shareholder tersebut.
Cara Untuk dapatkan dividen syarikat, fahamkan 5 Perkara Ini.
2. Corporate Exercise – Bonus Issue

Penambahan Percuma unit saham atau Warrant kepada Shareholder dipanggil Bonus Issue. Ianya adalah berdasarkan ratio yang telah diumumkan oleh syarikat.
Sebagai contoh jika ratio 3:1 (new:existing) dan 100 unit saham yang dipegang, maka shareholder akan mendapat 300 unit saham baru.
Maka jumlah unit saham yang shareholder miliki dalam pegangannya akan menjadi 100 unit + 300 unit = 400 unit saham.
Untuk layak mendapat Bonus Issue fahamkan 4 perkara penting ini.
3. Corporate Exercise – Right Issue

Right Issue dilaksanakan oleh syarikat untuk mengumpulkan modal tambahan selepas tersenarai dalam pasaran.
Ianya bertujuan untuk mengembangkan bisnes, atau sedang mengalami masalah kewangan atau menstrukturkan semula modal syarikat dan lain-lain.
Untuk mengumpulkan modal tambahan, syarikat membuka tawaran unit saham baru kepada shareholder sedia ada pada harga diskaun daripada harga saham semasa.
Sebagai contoh jika ratio 2:1 (new:existing) right issue, maka shareholder sedia ada dapat membeli 2 unit saham bagi setiap 1 unit yang dipegang pada harga lebih murah (diskaun).
Apa sebenarnya yang berlaku dalam Right Issue? Fahamkan kronologi Right Issue ini.
4. Corporate Exercise – Share Split

Share Split / Subdivision menyebabkan unit saham pecah kepada suatu nisbah yang ditetapkan.
Kebiasaannya share split dilakukan untuk merendahkan harga saham, terutamanya saham yang sudah mahal harganya.
Ianya bagi meningkatkan kecairan saham dan menarik minat pelabur runcit.
Sebagai contoh, jika ratio 5:2 share split bermaksud setiap 2 unit saham yang dimikili oleh shareholder akan pecah menjadi 5 unit saham.
Nak tahu lebih lanjut apa yang berlaku semasa share split? Fahamkan perkara wajib tahu dalam Share Split ini.
5. Corporate Exercise – Share Consolidation

Maksud Share Consolidation ialah penggabungan beberapa unit saham menjadi 1 unit saham.
Ianya berlawanan dengan share split dan bertujuan untuk meningkatkan nilai sesuatu saham dengan cara mengurangkan bilangan saham yang diterbitkan.
Selepas Share Consolidate berlaku, unit saham akan berkurang manakala harga saham pula akan meningkat.
Terdapat beberapa perkara anda perlu tahu mengenai Share Consolidate.
Share Consolidate ini menguntungkan atau merugikan Shareholder?
Kesimpulan
Selepas faham 5 aktiviti Corporate Exercise yang wujud dalam saham, anda akan tahu kenapa kadang kala berlaku perubahan unit saham di portfolio anda.
Untuk pengetahuan juga setiap corporate exercise yang syarikat lakukan, syarikat akan memaklumkan kepada shareholder melalui news/announcement di Platform trading.
Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada pelabur tentang Corporate Exercise.
Belum ada akaun CDS Mplus? Boleh mulakan pelaburan saham dengan buka akaun CDS Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.