Convert Dnex-WD

CONVERT DNEX-WD BERBALOI TAK? -CASE STUDY

Convert Dnex-WD Warrant

Warrant mewakili hak kepada pelabur untuk membeli saham syarikat pada harga diskaun atau lebih rendah dalam tempoh masa yang tertentu.

Dan pemegang warrant bukanlah pemegang saham kerana tidak memiliki saham Induk (Mother Share).

Dalam bahasa mudahnya Warrant adalah anak kepada saham Mother Share sahaja. Dan apabila warrant tamat tempoh (Expired), pemegang warrant perlu tukar (Convert) warrant kepada Mother Share.

Jika tidak tukar maka warrant sedia ada akan Burn begitu sahaja.

Perkara Perlu Tahu Convert Dnex-WD

Jadi untuk proses Convert Dnex-WD, pertama sekali anda perlu tahu info warrant tersebut.

Info Warrant

Sebagai contoh, info untuk warrant Dnex-WD adalah;

  1. Harga Warrant = 0.16
  2. Harga Mother Share = 0.715
  3. Exercise Price = 0.5
  4. Maturity Date/Expired Date = 30/07/2021
  5. Premium = -7.69%

Kesemua info warrant ini nanti kita akan buat sedikit pengiraan untuk tahu berbaloi atau tidak untuk Convert ke Mother Share.

Formula Kira Premium Warrant

Premium adalah bayaran tambahan yang perlu dibayar untuk tukar kepada Mother Share.

Formula Premium = (Warrant price + Exercise Price) – Mother Share Price
Mother Share Price

Jika nilai Premium Negatif bermaksud anda sedang untung kerana dapat membeli Mother Share pada harga Diskaun atau lebih murah.

Manakala jika nilai Premium Positif bermaksud anda rugi kerana beli Mother Share pada harga lebih mahal dari harga semasa Mother Share.

Convert Dnex-WD

Borang Pelaksanaan ‘Exercise Form’

Yang kedua,  perlu ada Exercise Form ini untuk anda isi details pelaksanaan pertukaran Warrant Dnex-WD.

Pemegang warrant akan menerima Exercise Form ini dari Share Registrar.

Share Registrar akan menghantar surat kepada pemegang warrant selewatnya 2 minggu sebelum Expired Date Warrant.

Sekiranya pemegang warrant tidak menerima surat Exercise Form ini boleh hubungi pihak Registrar untuk mendapatkannya.

Atau anda juga boleh dapatkan terus secara Online di website Bursa Malaysia.

Share Registrar Dnex-WD

Kemudian, Exercise Form yang telah lengkap diisi perlu diposkan atau dihantar ke alamat Registrar selewatnya atau sebelum tarikh Expired warrant jam 5 petang.

Alamat Registrar boleh didapati di surat registrar sendiri dan di website Bursa.

Sebagai contoh, untuk convert Dnex-WD anda perlu poskan Exercise Form tadi ke alamat Registrar berikut;

MEGA CORPORATE SERVICES SDN BHD (187984-H)
Level 15–2, Bangunan Faber Imperial Court, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Telephone No. : (03) 2692 4271 / 2694 8984

Di ingatkan juga proses borang Exercise Form dikenakan yuran RM20. Bayaran yuran boleh dibuat secara:

  1. Cek kepada “Mega Corporate Services Sdn Bhd” crossed “A/C Payee Only”
  2. Cash RM20 jika Walkin ke pejabat Registrar Mega Corporate Services Sdn Bhd
  3. Credit terus ke Akaun Registrar dibawah:MEGA CORPORATE SERVICES SDN BHD
    Standard Chartered Bank
    Account No. 312157298173
    Email notification: cindylim@megacorp.com.my

Cara Pembayaran Convert Dnex-WD

Ketiga bayaran penuh untuk convert warrant boleh dibuat terus kepada “DNeX Warrants Account” crossed “A/C Payee only” dengan cara:

  1. Bank Draf/Cashier’s Order atau
  2. Money Order melalui pejabat pos atau
  3. Transfer ke Akaun Dnex Warrant dibawah:DNeX Warrants Account
    Account No. 514123650888 (Maybank)

Berbaloi Tak Convert Dnex-WD?

Jadi mari kita kira dan tengok berbaloi atau tidak jika convert warrant Dnex-WD kepada Mother Share.

Berdasarkan info Warrant yang kita dah tahu iaitu;

  1. Harga Warrant = 0.16
  2. Harga Mother Share = 0.715
  3. Exercise Price = 0.5
  4. Maturity Date/Expired Date = 30/07/2021
  5. Premium = -7.69%

Untuk tahu sama ada berbaloi atau tidak convert. Cara kiranya adalah;

Contoh anda ada 10,000 unit warrant Dnex-WD.

  1. Kos Pertukaran Warrant = Exercise Price x Bilangan Unit Warrant
    = 0.5 x 10,000 unit
    = RM5,000 (Inilah kos anda perlu bayar kepada “DNeX Warrants Account”)
  2. Jumlah Kos Pertukaran Warrant = (0.16 + 0.5) x 10,000 unit
    = RM6,600
  3. Kos Jika Beli Mother Share Dnex = 0.715 x 10,000 unit
    = RM7,150
  4. Perbezaan Kos Pertukaran Warrant dengan Kos beli Motehr Share = [(RM7,150-RM6,600)/RM7,150] x 100
    = 7.69%

Jadi kesimpulan disini Kos tukar warrant lebih MURAH berbanding kos beli Mother Share Dnex.

Dan jika convert warrant juga anda boleh untung sebanyak 7.69%.

Apa pun ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja. Bukan saranan untuk anda tukar atau beli mother share. Sebarang keputusan terletak pada anda sendiri.

Convert Dnex-WD

Kronologi Convert Dnex-WD

Convert Dnex-WD

Jadi apa yang berlaku dalam warrant ini adalah anda perlu tahu bila tarikh Expired warrant.

Kemudian perlu tahu warrant akan bertukar status Suspended 2 minggu sebelum tarikh Expired untuk beri ruang kepada pemegang warrant nak convert atau tidak kepada Mother Share.

Jika anda memilih untuk convert maka akan dapatlah Mother Share selepas convert.

Manakala jika tidak Convert, warrant akan BURN begitu sahaja.

Apa pun segala keputusan untuk Convert atau tidak bergantung pada pemegang warrant sendiri.

Kesimpulan

Jika anda bercadang untuk membeli warrant perlu peka 5 perkara yang telah diterangkan dalam artikel ini.

  1. Info Warrant terutamanya tarikh Expired warrant
  2. Semak atau kira Premium warrant  sama ada berbaloi convert atau tidak
  3. Dapatkan Exercise Form untuk tujuan convert warrant
  4. Tahu Registrar Warrant untuk hantar Exercise Form jika nak Convert
  5. Sebaliknya jika tak convert, warrant akan BURN begitu sahaja.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan perkongsian ini pada keluarga, kawan-kawan dan orang terdekat anda dan sama-sama ajak mereka buka Akaun CDS bersama saya.

Jangan risau anda juga boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Terima kasih.

Similar Posts